Siakap Keli

(Video) Pesakit Tiba-tiba Menjerit, Sangkakan ‘Frontliner’ Pakai PPE Macam Hantu Pocong

Dalam keadaan pandemik COVID-19, sudah menjadi kewajiban untuk setiap petugas barisan hadapan memakai Pakaian Perlindungan Diri (PPE) terutama petugas kesihatan yang menjaga dan merawat pesakit COVID-19.

Seperti yang diketahui, bukan mudah untuk bekerja ketika memakai PPE kerana ia ‘menutupi’ seluruh tubuh dan membuatkan mereka sentiasa bermandi peluh.

Namun, baru-baru ini tular kejadian lucu berkait dengan petugas kesihatan yang memakai PPE.

Menerusi video yang dimuatnaik oleh pengguna TikTok, seorang pesakit menyangka bahawa petugas yang datang untuk memeriksanya itu adalah hantu.

Pesakit itu dilihat menjerit dan terkejut dengan kehadiran petugas itu sehingga membuatkan pesakit lain di sebelahnya turut tersedar dari tidur.

Petugas tersebut pula cuba menenangkannya dan menyuruhnya memperlahankan suara.

Kejadian yang dirakam CCTV itu juga memperlihatkan beberapa petugas lain datang setelah mendengar jeritan pesakit itu.

Setelah mengetahui perkara sebenar, salah seorang petugas dilihat tidak dapat menahan ketawa kerana situasi yang melucukan itu.

Sehingga kini, video tersebut telah mendapat sebanyak 7.1 juta tontonan.

@nam1310199

Cái qq gì dẫy 😢😢 tội chú đang ngủ

♬ nhạc nền – Nam Cà Mau – Nam Cà Mau

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang terhibur melihat video itu dan turut terkejut mendengar suara jeritan pesakit tersebut.

Sumber: nam1310199

Sofea

Iqra'.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.