Siakap Keli
Gambar Via Mirror

Tentera Laut Itali Temui Ikan Pelik, Berbadan Jerung Tapi Punyai Wajah Seperti Khinzir

Seekor ikan yang telah ditemui di pulau Elba, Itali mengejutkan orang ramai kerana ia kelihatan sangat aneh dan tidak pernah dilihat sebelum ini. Ikan yang besar itu dipercayai mempunyai badan seperti ikan jerung tetapi berwajah khinzir.

Menurut Mirror, ikan itu telah dikesan oleh pegawai tentera laut di laut Darsena Medicea dan dibawa naik oleh mereka ke darat.

Penemuan ikan itu membuatkan pengguna media sosial di negara tersebut gempar dan tertanya mengenai keadaanya yang pelik itu.

Pun begitu, pihak pegawai tentera laut mententeramkan keadaan dan mengatakan bahawa ikan tersebut adalah dari jenis mutasi yang sangat jarang berlaku yang dikenali sebagai oxynotus centrina.

Gambar Via Mirror

Menurut mereka, ikan tersebut biasanya hidup sejauh 2,300 kaki di bawah permukaan laut.

‘Makhluk aneh’ itu juga disenaraikan dalam Senarai Merah IUCN sebagai terancam yang bermaksud ia jarang dilihat.

Walaupun penemuan itu berlaku tiga minggu yang lalu, penemuannya menjadi tular ketika gambar haiwan laut itu disiarkan di media sosial.

Sementara itu, ikan itu telah dibawa ke Pejabat Pelabuhan untuk dikaji dan akhirnya dilepaskan semula ke laut.

Pegawai dari Elba Aquarium, Yuri Tiberto mengatakan bahawa ikan itu tidak biasa untuk dilihat oleh penduduk tempatan kerana ia jarang ditemui.

Sumber: Mirror

"