Siakap Keli
Gambar Via Rus Majida Hassan

“Sila Pulangkan Pokok Saya,” Wanita Buat Laporan Polis, Pokok Keladi Kesayangan Bernilai RM50,000 Dicuri

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Berkebun atau menanam pokok bukan sekadar hobi yang dilakukan di waktu lapang sahaja tetapi ia juga dijadikan sebagai terapi diri dan salah satu aktiviti riadah yang boleh dilakukan bersama ahli keluarga.

Mungkin ramai yang tidak tahu, harga bagi sesetengah pokok juga boleh mencapai hingga ratusan ribu ringgit.

Bercakap mengenainya, baru-baru ini seorang pengguna Facebook, Rus Majida Hassan telah memuatnaik satu perkongsian mengenai kes kecurian pokok-pokok miliknya.

Menurutnya, tiga jenis pokok yang telah dicuri itu bernilai sehingga RM50,000.

Dihubungi Sk, Rus yang tinggal di Kuala Terengganu mengatakan bahawa rumahnya telah diceroboh masuk oleh pencuri pada 13 September lalu.

Tambahnya, laporan polis telah dibuat dan kini dia juga  memerlukan bantuan orang ramai yang mungkin ada terlihat jika pokok-pokok kesayangannya itu dijual di platform dalam talian.

Ikuti perkongsiannya di bawah ini untuk mengetahui lebih lanjut mengenai kes kecurian tersebut.

KES KECURIAN POKOK, TOLONG SAYA SHARE

Assalamualaikum semua, minta pertolongan semua untuk share dan war-warkan di semua group dan media social. 3 pokok kesayangan saya yang bernilai RM50,000 telah hilang dicuri petang semalam di Kuala Terengganu.

Pokok yang hilang adalah seperti yang tertera dalam gambar:
1) Monstera Albo Marble (daun putih hijau besar berlubang2)
2) Monstera Aurea Marble (daun kuning hijau besar berlubang2)
3) Monstera Albo Halfmoon ( daun sebelah hijau sebelah putih)

Gambar Via Rus Majida Hassan

Laporan polis telah dibuat dan saya amat memerlukan pertolongan sekira ada sesiapa yang mengenali saudara/jiran/rakan yang tiba-tiba ada menanam pokok ini di rumah atau terjumpa posting di mana2 platform untuk menjual pokok sebegini, sila segera maklumkan kepada saya.

Saya amat mengenali pokok saya berikutan corak khas dan saiz pokok tersebut tidak dimiliki oleh orang lain. Pokok ini tiada dijual di nurseri biasa dan saiz pokok yang dicuri sangat sukar didapati.

Gambar Via Rus Majida Hassan

Tolong bantu saya untuk dapatkan semula pokok-pokok ini dan agar saya dapat membawa si pencuri ke muka pengadilan.

Ralat sungguh ralat kerana pokok-pokok ini saya dah bela selama hampir 3 tahun dan mencapai saiz yang tidak dimiliki oleh orang lain. Ini membuatkan pokok2 ini mudah untuk dicam sekiranya dijumpai.

Gambar Via Rus Majida Hassan

Terima kasih kepada semua yang sejak petang semalam sehingga ke saat ini bertubi-tubi membantu saya untuk menjejak pokok-pokok ini dan memberikan kata2 semangat buat saya. Hampir rebah rasanya sewaktu menyedari kejadian yang berlaku.

Kepada si pelaku sekiranya anda membaca tulisan saya, sila pulangkan pokok saya seperti sedia kala atau saya tidak akan memaafkan anda dunia akhirat dan berdoa agar anda menerima balasan yang setimpal dunia akhirat. Saya juga doakan pokok tersebut tidak akan hidup subur di tangan anda, sungguh saya tidak redha dengan perbuatan anda yang menceroboh kawasan rumah dan mencuri pokok-pokok kesayangan saya. Bertaubatlah!

Sumber: Rus Majida Hassan 

Sofea

Iqra'.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.