Siakap Keli

500 Jemaah Solat Jumaat Di Masjid Wilayah Persekutuan Bermula Esok, Ini Ketetapan Baharu Dari JAWI

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dalam satu kenyataan hari ini mengeluarkan ketetapan terkini had jemaah solat Jumaat, solat fardu dan aktiviti keagamaan di masjid dan surau di wilayah persekutuan (WP) berkuatkuasa esok.

Ketetapan terkini untuk WP Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan adalah seperti berikut:

Kawasan Pelan Pemulihan Negara Fasa 2 (Kuala Lumpur dan Putrajaya)

Solat Jumaat:

  • Bilangan jemaah di Masjid Wilayah Persekutuan dibenarkan seramai 500 orang
  • Bilangan jemaah di 7 buah Masjid Zon dan Masjid Kariah dibenarkan seramai 250 orang
  • Bilangan jemaah di Surau Jumaat dibenarkan seramai 150 orang
  • Bilangan jemaah di Surau Diberi Kebenaran khas untuk diri Jumaat dibenarkan seramai 100 orang
  • Bilangan jemaah di Surau Jumaat dan Surau Diberi Kebenaran Khas untuk diri Jumaat di Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan Perumahan Awam (PA) Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dibenarkan seramai 80 orang
  • Kuliah dan tazkirah dibenarkan dengan kehadiran tidak melebihi bilangan jemaah solat Jumaat bagi tazkirah sebelum solat Jumaat dan tidak melebihi jemaah solat fardu bagi kuliah yang lain dengan penjarakan fizikal 1.5 meter

Solat Fardu:

  • Bilangan jemaah di Masjid Wilayah Persekutuan dibenarkan seramai 200 orang
  • Bilangan jemaah di 7 buah Masjid Zon dan Masjid Kariah dibenarkan seramai 100 orang
  • Bilangan jemaah di Surau Jumaat dibenarkan seramai 50 orang
  • Bilangan jemaah di Surau Diberi Kebenaran Khas untuk diri Jumaat dibenarkan seramai 50 orang
  • Bilangan jemaah di Surau Jumaat dan Surau Diberi Kebenaran khas untuk diri Jumaat di Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan Perumahan Awam (PA) Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) serta semua surau dibenarkan seramai 40 orang

Kawasan Pelan Pemulihan Negara Fasa 4 (Labuan)

  • Bilangan jemaah bagi solat Jumaat di semua Masjid Zon, Masjid Kariah, Surau Jumaat, dan Surau Diberi Kebenaran khas untuk diri Jumaat dibenarkan separuh kapasiti sebenar, manakala bilangan jemaah bagi solat fardu di semua masjid dan surau dibenarkan mengikut keluasan dewan solat utama
  • Kuliah dan tazkirah dibenarkan dengan kehadiran tidak melebihi bilangan jemaah solat Jumaat bagi tazkirah sebelum solat Jumaat dan tidak melebihi jemaah solat fardu bagi kuliah yang lain dengan penjarakan fizikal 1.5 meter

Semua ketetapan tersebut adalah tertakluk kepada Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah dikeluarkan dan berkuatkuasa mulai 17 September 2021.

Sumber: JAWI

Eyla Azri