Siakap Keli
Gambar Via Daily Mail

Lelaki Rogol Budak 9 Tahun, Bunuh & Tanam Mayatnya, Sempat Menyamar Jadi Sukarelawan Bantu Cari Mangsa

Seorang lelaki yang menjadi penjaga sebuah sekolah di Rusia dilaporkan telah merogol pelajar perempuan berusia sembilan tahun sebelum membunuh mangsa dengan menggunakan tukul.

Menurut Daily Mail, mayat kanak-kanak itu telah ditanam sedalam tujuh kaki di bawah kepingan konkrit di bilik bawah tanah pangsapuri di mana tempat lelaki itu tinggal.

Penemuan mayat kanak-kanak itu menamatkan teka-teki mengenai kehilangannya sejak tiga bulan yang lalu.

Difahamkan, lelaki tersebut telah menjadi suspek sejak hari pertama mangsa hilang tetapi polis tidak mempunyai bukti yang kukuh untuk mensabitkannya.

Lebih mengejutkan adalah apabila suspek dipercayai turut menjadi sukarelawan untuk mencari kanak-kanak itu.

Namun, hasil siasatan polis yang berterusan akhirnya membuahkan hasil apabila mayat mangsa berjaya ditemui hasil bantuan seekor anjing pengesan.

Pihak berkuasa mengatakan bahawa suspek mengaku telah berulang kali merogol mangsa dengan berjanji akan membelikan basikal jika mangsa mendiamkan diri.

“Ketika ditahan, dia mendakwa bahawa mangsa telah pergi mencarinya di ruang bawah tanah untuk menuntut basikal yang dijanjikan.

Gambar Via Daily Mail

“Berlaku konflik di antara mereka yang membuatkannya marah dan memukul kanak-kanak itu dengan menggunakan tukul,” kata seorang pegawai polis.

Sementara itu, suspek yang berusia 61 tahun itu sebelum ini mempunyai pelbagai rekod jenayah lampau berkait serangan seksual termasuk merogol seorang gadis berusia 15 tahun di sekolah tempatnya bekerja pada tahun 2018.

Suspek juga mengaku telah merogol dua orang gadis yang berusia tujuh dan sembilan tahun pada 2005 dan disyaki telah melakukan serangan seksual terhadap anak tirinya.

‘Modus operandi’ yang digunakannya untuk ‘menjerat’ semua kanak-kanak itu adalah dengan membelikan mereka hadiah dan gula-gula.

Sumber: Daily Mail

Sofea

There's always another side to every story