Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Pasti ramai diantara kita yang gemar ke pantai akan perasan terdapat lubang-lubang kecil yang terbentuk pada pasri pantai sewaktu air sedang pasang.
Dalam fikiran, lubang tersebut pastinya akan dianggap hasil daripada ketam yang terdapat pada pantai berkenaan.
Sebenarnya, lubang-lubang tersebut bukanlah dihasilkan oleh ketam. Ianya kerana lubang tersebut terhasil daripada hidupan yang dikenali sebagai umpun-umpun.
Hidupan yang tergolong dalam keluarga cacing ini sangat terkenal dalam kalangan kaki pancing.
Umpun-umpun ini dikatakan salah satu umpan yang sangat mujarab digunakan untuk memancing di muara serta air payau.
Bagaimana hendak mencari dan cara menangkap umpun-umpun ini?
Satu akaun TikTok bernama @cikainaa_mk ada berkongsikan berkenaan tutorial untuk menangkap hidupan tersebut. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, tonton video seperti berikut:
Dapat dilihat bahawa umpun-umpun yang berjaya diperolehi mereka dalam video tersebut sangat panjang.
Video tersebut lantas menjadi tular di media sosial. Sehingga kini, ianya telah ditonton lebih 1 juta kali.