Siakap Keli
Kredit: Google

Lelaki Warga Emas Ditemukan Lemas Di Kolam Ikan Kampung Sungai Buloh

JELEBU, 7 Okt (Bernama) — Seorang lelaki warga emas ditemukan lemas di sebuah kolam ikan di Kampung Sungai Buloh, di sini semalam, kata Ketua Polis Daerah Jelebu DSP Maslan Udin.

Beliau berkata mayat Muhamad Asul Ahmad, 71, ditemukan oleh orang awam pada pukul 7.40 malam dalam keadaan tertiarap di permukaan air.

“Sepasukan polis dibantu anggota Balai Bomba dan Penyelamat Simpang Pertang dihantar ke tempat kejadian sebaik menerima aduan dan berjaya membawa mayat ke tebing. Hasil pemeriksaan pada luaran badan mangsa mendapati tiada sebarang kecederaan fizikal,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Maslan berkata pihaknya dimaklumkan mangsa yang tidak bekerja, tinggal bersendirian di rumahnya di Kampung Sungai Buloh dengan urusan makan dan minum dibantu oleh jiran, selain difahamkan mempunyai masalah mental dan suka merayau-rayau.

Katanya hasil pemeriksaan pada tubuh mangsa mendapati tiada sebarang unsur jenayah dan kematian mangsa disebabkan mati lemas.

Sumber: BERNAMA

Amira

Love yourself.