Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

“Ni Bukan ‘Filter’ Eh Guys,” Pelakon, Harris Annuar Masuk Wad, Bibir Kena Sengat Tebuan

Aqmal Ezany
Gambar: Harris Annuar

Pelakon terkenal, Harris Annuar menderita bengkak besar pada bahagian bibir selepas disengat dengan seekor tebuan.

Menurutnya, kejadian itu berlaku sewaktu dia sedang bangun pagi untuk mandi. Ketika dia telah selesai mencuci muka, ada seekor tebuan difahamkan telah menghinggap di tualanya.

“Aku tengah mandi, dan tengah-tengah mandi tu, aku cuci muka pukul 6 pagi. And then ada seekor tebuan tu dia hinggap dekat aku punya towel. Aku tak perasan.

So, lepas aku dah cuci muka, aku dah bilas muka aku, aku terus ambil towel aku lap muka aku. Bila aku tutup tu tebuan tu terperangkap diantara towel tu dan aku punya muka. So, zap dia terus ketip dekat sini,” ujarnya dalam satu video yang dimuat naik di akaun Instagram miliknya.

Walaupun bibirnya kelihatan membengkak agak teruk, namun dia mampu lagi tertawa apabila melihat dirinya itu.

Dia turut menyatakan bahawa dia juga tidak dapat menahan apabila melihat keadaan bibirnya yang besar itu di cermin.

Dia juga ada menyatakan bahawa video yang dirakamnya itu tidak menggunakan filter kerana bibirnya itu benar-benar sedang besar.

Guys, ini bukan filter eh guys, ni bukan filter,” ujarnya sambil tertawa.

Tidak dapat dipastikan berkenaan bagaimana keadaan pelakon itu namun dia kini terpaksa dirawat di dalam wad.

Sumber: Harris Annuar