Siakap Keli
Sumber: via Google

Amaran Ribut Petir Dan Hujan Lebat Dijangka Melanda 10 Buah Negeri Hingga Jam 6 Petang

Jabatan Meteorologi Malaysia telah mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat di beberapa negeri di Malaysia. Menurut MetMalaysia dalam kemas kini terbaharu pada jam 3:30 petang menerusi laman twitter, ribut petir dan hujan lebat dijangkakan akan berlaku di sepuluh (10) buah negeri sehingga 6 petang ini.

Berikut merupakan beberapa negeri dan kawasan yang dijangka terlibat:

  • Perlis
  • Kedah
  • Pulau Pinang: Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan
  • Perak
  • Kelantan: Kota Bharu, Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Gua Musang
  • Terengganu: Besut, Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu, Dungun dan Kemaman
  • Pahang
  • Johor: Segamat, Batu Pahat, Kluang, Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi, dan Johor Bahru
  • Sarawak: Kuching (Lundu), Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu (Kanowit), Kapit (Song), Bintulu, Miri (Subis, Beluru, Miri dan Marudi) dan Limbang
  • Sabah: Pedalaman (Sipitang, Tenom, Beaufort dan Tambunan) dan Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud)

Dengan itu, orang awam yang berada di kawasan terlibat dinasihatkan untuk berhati-hati bagi mengelakkan sebarang kejadian berlaku.

Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia

Aireena Marizan