Siakap Keli
Gambar: PIF

Arab Saudi Tukar Pelantar Minyak Jadi Taman Tema, Siap 800 Bilik Hotel & Restoran Mewah

Arab Saudi melalui sebuah organisai dana kekayaan berdaulat negara tersebut, Public Inverstment Fund (PIF) telah melancarkan sebuah taman tema berkonsepkan pelantar minyak semalam.

Taman tema yang dinamakan ‘The Rig’ ini terletak di sebuah platform seluas 150,000 meter persegi dan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan. Antara kemudahan yang tersedia termasuk tiga hotel dengan 800 buah bilik, 11 restoran bertaraf dunia, pelantar helikopter dan pelbagai aktiviti menarik termasuk sukan ekstrim.

Tambah PIF memetik laporan Arab News, projek The Rig telah mengambil kira pemeliharaan alam sekitar dan mengikut standard yang ditetapkan. The Rig dijangka akan menjadi tarikan pelancong ke Arab Saudi baik dari dalam atau luar negara.

Menurut laporan Arab News, projek ini dijalankan sesuai dengan strategi modernisasi Arab Saudi. Oleh kerana industri hiburan dijangka menjadi sumber ekonomi negara tersebut dalam tempoh empat tahun akan datang, projek The Rig ini bakal menjadi salah satu penyumbang kepada sektor tersebut.

Sumber: Arab News

Eyla Azri