Siakap Keli
Kredit: KKM

Lembaga Tabung Haji Serah Sumbangan 80 Katil Tilt Elektronik Bernilai RM2 Juta Kepada KKM

Lembaga Tabung Haji telah memberikan sumbangan peralatan perubatan yang bernilai RM2 Juta kepada Kementerian Kesihatan Malaysia hari ini.

Sebanyak 80 unit katil Tilt Eletronik telah disumbangkan TH kepada KKM. Sumbangan ini bertujuan untuk menambah kapasiti katil di wad ICU, unit rawatan berisiko tinggi (HDU), kubikel akut, dan wad-wad biasa di hospital dibawah KKM yang terpilih seluruh negara.

Menurut ciapan KKMalaysia, bantuan tersebut diberikan dibawah Program Zakat Tabung Haji bagi membantu hospital kerajaan. Hal ini demikian kerana, ramai pesakit yang berpendapatan rendah dan golongan asnaf yang menerima rawatan dihospital berkenaan.

Sumbangan tersebut telah diserahkan oleh Pengarah Urusan Kumpulah TH iaitu Dato’ Sri Amrin Awaluddin kepada Menteri Kesihatan, YB Khairy Jamaluddin Abu Bakar dalam sebuah majlis di Putrajaya.

Sumber: KKMalaysia

Zahirah