Siakap Keli
Gambar: TikTok Dr Ingky

(Video) Mungkin Ada Yang Tertanya, Dr Kongsikan Bahagian Badan Mana Yang Paling Sakit Bila Disengat Lebah

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Tidak dapat dinafikan bahawa sengatan lebah sememangnya sakit dan memberikan kesan bengkak yang agak lama. Namun, pernahkah anda terfikir bahagian badan manakah yang paling sakit sekiranya disengat lebah?

Satu video Tiktok telah dibuat oleh Dr Lim Ing Kien atau lebih dikenali sebagai Dr Ingky berkaitan kajian yang telah dibuat sebelum ini tentang bahagian anggota badan mana yang paling sakit sekiranya disengat lebah. Dr Ingky telah mengulas berkaitan kajian tersebut dengan ringkas dan padat.

Kajian tersebut merupakan kajian yang telah dibuat pada 1947 oleh Michael L Smith. Michael L merupakan seorang saintis yang tertanya-tanya berkaitan soalan  sengatan lebah mana yang paling sakit pada bahagian badan. Akhirnya, dia telah membuat keputusan untuk mengkaji sendiri berkaitan perkara tersebut.

Michael L Smith membuat kajian dengan membiarkan badannya disengat lebah sebanyak 25 kali di bahagian-bahagian badan yang berbeza-beza seperti di jari, kaki, mulut dan lain-lain. Kajian ini berobjektif untuk mengkaji bahagian badan mana yang paling sakit sekiranya disengat lebah.

Apabila sudah ‘puas’ disengat lebah, saintis tersebut mendapati bahawa terdapat tiga tempat bahagian badan yang paling sakit sekiranya disengat lebah iaitu
1. Hidung
2. Bibir
3. Alat kemaluan lelaki.

Pada akhir video, doktor juga meninggalkan dengan satu persoalan yang agak pelik untuk difikirkan.

@dr_ingky

Teka apa nombor 3 #learnontiktok #jombelajar #tiktokguru

♬ Monkeys Spinning Monkeys – Kevin MacLeod

Sumber: Tiktok Dr Ingky

Akhmar Ikmal