Siakap Keli

Jual Takoyaki Je, Lelaki Ini Buat ‘Sales’ Lebih RM100,000 Sebulan Sampai Boleh Beli Tanah

Bila kerajaan dah benarkan sektor-sektor ekonomi kembali beroperasi, tambahan pula kebenaran rentas negeri dan sektor pelancongan kembali dibuka. Ini memberi satu nafas baru buat peniaga-peniaga kecil untuk memulakan semula perniagaan selepas berbulan ditutup akibat pandemik. Korang yang baru nak ceburi bidang perniagaan ni, inilah masanya nak mula berniaga.

Kalau korang nak cari motivasi nak mulakan perniagaan, SK nak kongsikan dengan korang satu kisah seorang suami dan ayah kepada tiga anak yang mula-mula tak pandai berniaga tapi akhirnya berjaya catat rekod jualan hingga RM102,000 sepanjang bulan September. Tapi macam mana dari tak pandai berniaga sampai boleh buat ‘sales’ gila-gila macam tu? Meh SK bagitau rahsianya.

Lelaki yang SK maksudkan ialah Mohamad Irwan Ismail atau dikenal dengan nama Yie Islam. Asal dari Gua Musang, Kelantan. Bukan dari keluarga yang ada pengalaman berniaga dan tiada ilmu berniaga. Yie mulakan bisnes dengan membuka cawangan Chef Tako di Kuala Krai. Jualan pada mulanya ‘krik-krik’ macam cengkerik kesepian sebab tak ada ilmu perniagaan.

Pentingnya ilmu dalam setiap apa yang kita buat membuktikan jualan Yie ‘stuck’ kat situ je. Tak bergerak-gerak dan tiada kemajuan. Tapi syukurlah Chef Tako tak abaikan pemilik-pemilik cawangannya. Chef Tako terus berikan bimbingan kepada Yie. Kalau dulu semua benda Yie buat sendiri, berniaga dari pagi sampai petang tapi sekarang disebabkan dah penuh ilmu di dada, Yie dah buka tiga cawangan dan ada 12 orang team yang handle bisnes Chef Tako Guchil Yie Islam. Memang padu baq ang.

Untuk jualan bulan September, Yie catat rekod sales tertinggi untuk Chef Tako seluruh Malaysia dengan merekodkan jualan mencecah RM102,000. Dengan jualan berlipat kali ganda tu Yie dan Isteri berjaya membeli sebidang tanah sebagai aset keluarga mereka.

Yie mengaku lepas menuntut ilmu dari Tuan Misyael dan semua team HQ Chef Tako dan menjadi anak murid Sifu Najib, semuanya berubah menjadi lebih positif. Antara langkah yang Yie buat adalah tak berhenti buat Live setiap hari, buat FB ads dan adakan Telegram bagi value kepada pelanggan. Menurut Yie, apa yang paling penting adalah kena berguru dan jaga adab dengan guru kita.

Yie ada share sikit macam mana Chef Tako bagi dia bimbingan lengkap sampai dia berjaya catat sales tertinggi bulanan. Yie dapat bimbingan dari Group Hokage. Dapat bimbingan terus daripada Founder dan Co-Founder Chef Tako. Lepastu dapat juga personal coaching tiga bulan sekali iaitu bulan Mac, Jun, September dan Disember. Seminggu sekali pula ada Hokage Weekly Meet-Up pada setiap Jumaat malam dan setiap 2 bulan sekali ada Hokage Team Meet-Up. Bagi Yie semua ini penting bagi menambah ilmunya dalam bidang perniagaan.

Keutamaan akan diberikan untuk ke kelas berbayar anjuran team Momentum. Korang juga berpeluang dapat merchandise percuma dari Chef Tako.

So, pengajaran yang kita boleh belajar kat sini, apa-apa pun kita nak buat, ilmu pengetahuan sangat penting. Tak kisahlah nak tanam pokok ke, kayuh basikal ke, baiki motor ke semuanya perlukan ilmu.

Yang dah bercita-cita nak buat RM10,000 pertama korang tapi tak tahu nak jual apa, jangan malu dan segan untuk klik link Telegram ni https://t.me/nak10kpertama dan dapatkan bimbingan secara percuma je. Sebarang pertanyaan boleh terus berhubung dengan team Chef Tako di link ini https://bit.ly/warriorcheftako

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)