Siakap Keli
Gambar: Faranasuha Habidi

Mudah Dan Cepat, Wanita ‘Bongkar’ Resipi Mi Udang Siap 5 Minit ‘Style’ Kedai Makan

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Kalau kita makan di mana-mana kedai makan mahupun restoran, biasanya banyak aneka mi yang menjadi menu pilihan. Antara yang cukup popular dijual ialah mi udang, mi rebus, mi celup, mi sup, mi hailam dan seumpamanya.

Bercakap tentang mi udang, penggemar menu ini pasti sangat ‘ketagih’ dengan kepekatan kuah mi yang ‘disulam’ dengan isi udang. Tidak cukup dengan itu, ramuannya pula ringkas saja tapi rasanya jauh lebih padu.

Terfikir juga, macam mana tukang masak kedai makan masak mi udang ye? Apa bahan yang digunakan untuk hasilkan semangkuk mi udang yang begitu sedap? Berapa lama nak siapkan?

Inilah seperti yang dikongsikan oleh Faranasuha Habidi, iaitu cara memasak mi udang dengan ramuan yang lengkap, sepantas lima minit sahaja. Cukup-cukup mudah semudah ABC. Jom ikuti perkongsian ini. Selamat mencuba!

Resipi mi udang 5 minit

Gambar: Faranasuha Habidi

Ni cara mak saya masak di kedai makan. 

Bahan-bahan:-

  • Udang kertas
  • Sawi
  • Tomato
  • Bawang putih (ditumis)
  • Cili boh
  • Sos cili
  • Garam
  • Perasa

Cara-cara:-

  1. Tumis bawang putih, masukkan cili boh. Anggaran 1 mangkuk seorang makan, 1 sudu cili boh.
  2. Masukkan air, masak sekejap sehingga mendidih, masukkan sos cili. Anggaran 1 mangkuk seorang makan, 1 sudu cili, 2 sudu sos cili.
  3. Masukkan udang, pecahkan telur, garam, perasa.
  4. Masukkan sayur last sekali.
  5. Masukkan mi ke dalam kuah masak sekali sekejap. Mi campur sekali kuah lebih sedap. Kuah meresap ke dalam mi.

Selamat mencuba.

Sumber: Faranasuha Habidi melalui Masak Apa Hari Ini

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'