Siakap Keli
Kredit: @balikpapanpo

(Video)’Kelibat Putih’ Didakwa Pontianak Di Kawasan Hotel Terbengkalai Bikin Seram

Baru-baru ini tular rakaman video pendek beberapa saat yang memaparkan satu entiti berwarna putih yang dipercayai seakan pontianak pada siang hari.

Menurut Suara, kejadian misteri itu dikatakan berlaku di satu kawasan hotel usang yang sudah terbengkalai di Balikpapan, Kalimantan Timur di Indonesia.

Kata laporan itu, video tersebut dirakam dan dimuat naik di laman Instagram @balikpapanpo berserta kapsyen ringkas mengenai situasi seram berkenaan.

“Terakam daripada kamera telefon sesosok misteri yang menggunakan pakaian putih berambut panjang yang dipercayai pontianak.

“Kejadian itu terjadi ketika kerja-kerja pembersihan semula di sebuah kawasan hotel lama yang sudah terbengkalai di Balikpapan,” tulis kapsyen tersebut, memetik Suara.

Berdasarkan rakaman, perakam pada asalnya dipercayai mahu merakam suasana tapak kawasan hotel tersebut, namun dia tidak sengaja terakam ke arah sudut penampakan entiti itu.

Menyedari terakam kelibat misteri itu, si perakam lantas memalingkan kamera telefon ke arah lain, kemudian berbalik semula ke sudut tadi dan dikatakan entiti itu masih ada di situ, lapor Suara lagi.

*slide ke kanan untuk melihat video

Sumber: Suara / IG Balikpapanpo

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'