Siakap Keli
Gambar : Bernama

Kecoh Bas Bawa Pesakit COVID-19 Dari Cameron Highlands, JKN Pahang Tampil Beri Penjelasan

Baru-baru ini, tular berita berkaitan dengan pengunjung  terkandas ‘seram’ mengenai sebuah bas yang membawa pesakit COVD-19 dari Cameron Highlands.

Mengambil perhatian mengenai perkara tersebut, Pengarah Kesihatan Negeri Pahang mengeluarkan kenyataan media menjelaskan mengenai perkara berkenaan.

Menerusi kenyataan Pengarah Kesihatan Negeri Pahang, Dato’ Dr. Nor Azmi Binti Yunus, situasi yang berlaku adalah terkawal dan hanya melibatkan prosedur biasa bagi pemindahan pesakit positif ke Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC).

“Peristiwa ini berlaku pada 9 November 2021 yang lalu di mana hanya sembilan pesakit positif COVID-19 dibawa menggunakan bas pada tarikh tersebut merangkumi dua kes ke PKRC Maran, dua kes ke PKRC UMP dan lima kes ke PKRC ILKKM.

Kesemua sembilan pesakit tersebut perlu dimasukkan ke PKRC kerana situasi rumah yang kurang sesuai untuk menjalani tempoh kuarantin kendiri dan pesakit juga terdiri daripada golongan kanak-kanak dan pesakit co-morbid.

Untuk makluman, Pejabat Kesihatan Daerah Cameron Highlands setakat ini masih lagi tidak menerima sebarang notifikasi kes positif COVID-19 dalam kalangan pelancong untuk tujuan pengesanan kontak.

Sumber : KKM Putrajaya

Fathin Nadzira