Mas kahwin atau mahar wajib diberikan oleh suami kepada isterinya sebaik sahaja akad nikah disempurnakan. Kebiasaannya, ia akan disebut dengan kadar yang tertentu atau dalam bentuk apa saja, asalkan ia berfaedah dan memberikan manfaat.
Baru-baru ini, tular di Indonesia mengenai pengantin lelaki yang dilaporkan telah memberikan mas kahwin berupa sebuah kenderaan kepada isterinya.
Memetik laporan portal GridOto, pengantin yang berasal dari Pati, Jawa Tengah itu telah memberikan sebuah lori Hino Ranger 500.
Gara-gara mas kahwin yang ‘luar biasa’ itu, perkahwinan mereka telah menjadi tular di negara itu.
Menerusi gambar-gambar yang dimuatnaik oleh seorang pengguna Facebook, lori Hino berwarna putih itu telah dihias dengan reben dan belon. Pengantin lelaki juga telah ‘merasmikan’ lori tersebut dengan memandunya di sekitar kawasan majlis perkahwinan itu.
Dalam satu perkongsian yang lain, pengantin perempuan dilihat turut bergambar di hadapan lori itu ketika ia sampai di lokasi majlis perkahwinannya.
Pemberian mas kahwin yang dianggap unik itu telah menarik perhatian netizen.
“Mahal, mas kahwin Hino Ranger 500,” kata seorang netizen.
View this post on Instagram
Sumber: GridOto