Siakap Keli

150 Sukarelawan YOSH Sertai National Youth Camp

Seramai 150 orang sukarelawan dari pelbagai universiti awam dan swasta telah menyertai program pembangunan belia National Youth Camp (NYC) yang diadakan di dua tempat berasingan iaitu Kem Kaizen, Johor dan Kem Pusako, Negeri Sembilan.

Program yang diadakan pada 19 hingga 21 November 2021 bertujuan bagi melatih para sukarelawan bagi meningkatkan kemahiran jati diri, sahsiah, kepimpinan dan kesukarelawanan di samping memberi peluang kepada mereka untuk meneroka dunia pembelajaran di luar kelas.

Peserta memasak makanan tengahari sendiri dalam slot Survival Cooking

Ketua Pembangunan Belia YOSH cawangan Utara, Dr Norsyafiqah Salimun memberikan perkongsian motivasi kepada para peserta

“Dari hari pertama hingga hari ketiga, setiap aktiviti yang disusun sangat membantu dalam membina jati diri sebagai seorang sukarelawan,” kata peserta terbaik NYC 2021, Nursyazwina Zaidi, pelajar jurusan Syariah, Universiti Malaya.

“Sejujurnya, night walk dan campfire sangat berikan impak besar dalam hidup saya kerana saya seorang yang takut dengan keadaan yang gelap. Aktiviti yang diadakan lain dari yang lain.

“Slot Rezeki Ummat (RU) merupakan first experience saya turun padang edarkan kotak makanan asas. Saya nampak dengan mata saya sendiri, bahawa orang di luar sana sangat-sangat memerlukan kita.

“Terima kasih kepada AJK NYC sebab adakan aktiviti-aktiviti yang sangat bermanfaat dan sudah pasti banyak input yang kami dapat dan bakal diaplikasikan di masa hadapan. Insya-Allah,” hurai beliau.

72 sukarelawan di Kem Kaizen, Johor mengikut SOP setelah selesai Program NYC

Sukarelawan YOSH didedahkan dengan aktiviti-aktiviti fizikal lasak demi menguji tahap kecerdasan para sukarelawan sebagai persediaan menghadapi cabaran di masa depan setelah lebih 2 tahun mereka berkurung di rumah dan tidak dapat melakukan aktiviti fizikal.

Our thinking is generated by our surrounding. Jika generasi tidak berkembang, kita (sukarelawan) yang kena kembangkan masyarakat kita. “You have to improve your surrounding and be persistant on your identity” kata Ketua Pembangunan Belia YOSH cawangan Utara, Dr Norsyafiqah Salimun. 

Para sukarelawan juga didedahkan dengan aktiviti kesukarelawanan di mana mereka turut menyantuni 15 orang penduduk Kampung Bakar Arang diiringi Encik Jaafar, ketua kampung tersebut.

Peserta NYC mengedarkan bantuan makanan asas, Kotak Rezeki Ummat kepada penduduk Kampung Arang

75 Sukarelawan bergambar mengikut SOP bersama wakil kampung dan jurulatih di Kem Pusako, Negeri Sembilan.

Dengan mengedarkan 15 kotak RU yang merangkumi bahan-bahan asas rumah berjaya diedarkan dan mendapat sambutan baik dari penduduk kampung.

Menurut pengarah program NYC Johor, Nur Dini Batrisyia, “inilah peluang terbaik kepada sukarelawan baharu YOSH untuk menimba pengalaman dan ilmu bersama sukarelawan yang lebih senior apatah lagi penyertaan dan aktiviti mereka sebelum ini semuanya dijalankan secara atas talian.”

Pihak penganjur mengharapkan agar semua sukarelawan yang menyertai program ini komited membantu lebih ramai masyarakat bertepatan dengan objektif penubuhan sukarelawan YOSH iaitu memfokuskan kepada pembangunan belia untuk melahirkan pemimpin muda yang holistik dari segi kesukarelawanan, keusahawanan dan intelektual.

Siti Fatimah