Siakap Keli
Gambar Sekadar Hiasan

“Ramai Cakap M40 Terpinggir, Insentif Berkurang,” Keluhan Golongan Tercicir Buat Ramai Rasa ‘Pedas’

“M40… Tak dapat apa-apa ke selain kena potong sumbangan? Komitmen tinggi juga sama macam B40, besar periuk besar lagi la keraknya,” keluhan salah seorang daripada golongan M40.

Mana taknya, ada yang terpaksa menanggung kos yuran bulanan anak-anak di taska dan ada yang terpaksa terus membayar cukai tahunan.

Terpaksa cari kerja ‘part time’

Sekadar Gambar Hiasan

Tidak dinafikan dalam situasi sekarang bukan hanya golongan B40 sahaja yang merasai keperitan hidup bahkan golongan M40 turut terkesan dengan pandemik yang melanda negara. Jadi, untuk menampung perbelanjaan harian, golongan ini terpaksa mencari kerja sampingan.

Hakikatnya ramai yang sudah menjadi ‘miskin baru’…

Bercakap tentang bantuan kerajaan, sebelum ini golongan M40 dikatakan kurang layak mendapat kerana tangga gaji yang tinggi. Namun, realiti kehidupan sekarang sudah berubah, ramai yang memerlukan bantuan sampingan.

Jadi, selari dengan objektif kerajaan untuk meningkatkan taraf hidup rakyat serta ekonomi negara, kerajaan telah menyediakan beberapa bantuan tambahan untuk golongan M40.

Ini antara senarai insentif untuk golongan M40

  • Bantuan tambahan sebanyak RM500 kepada ibu atau bapa tunggal yang mempunyai anak tanggungan dan berpendapatan bulanan sehingga RM5,000,
  • Bantuan kewangan sebanyak RM800 untuk isi rumah yang mempunyai tiga orang anak atau lebih dengan pendapatan RM2,501-RM5,000
  • Bantuan kewangan sebanyak RM600 kepada isi rumah yang mempunyai seorang hingga dua orang anak dengan pendapatan RM2,501-RM5,000

Paling utama bagi golongan M40 ini adalah pelepasan cukai. Kerajaan dalam bajet 2022 turut membantu golongan M40. Ini antara senarai perlepasan cukai untuk golongan ini.

  • Pelepasan cukai individu dan potongan cukai kepada majikan ke atas kos berkaitan pengambilan vaksin penggalak yang dibiayai sendiri.
  • Meluaskan skop pelepasan cukai pendapatan individu bagi perbelanjaan pemeriksaan kesihatan meliputi kos khidmat konsultasi pakar psikiatri, ahli psikologi klinikal dan kaunselor yang berdaftar.
  • Pelepasan cukai bagi perbelanjaan menghadiri kursus peningkatan kemahiran atau kemajuan diri dinaikkan daripada RM1,000 kepada RM2,000 sehingga 2023.
Sekadar Gambar Hiasan
  • Pelepasan cukai ke atas yuran sehingga RM7,000 bagi yang mengikuti kursus profesional yang diluluskan antaranya merangkumi bidang perakaunan, kewangan serta yang berkaitan alam sekitar, sosial dan tadbir urus (atau ESG).
  • Sebagai mengiktiraf wanita bekerjaya yang mengurus anak-anak mereka ketika waktu bekerja, kerajaan bercadang untuk melanjutkan pelepasan cukai pendapatan individu sehingga RM3,000 bagi bayaran yuran taska dan tadika sehingga tahun taksiran 2023.
  • Pelepasan cukai lain seperti ke atas pembelian komputer, telefon pintar dan tablet.

Dengan segala pemberian oleh kerajaan, gunakan bantuan dan ‘joran’ yang diberikan sebaik mungkin untuk meningkatkan taraf kehidupan masyarakat di negara kita.

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang