Siakap Keli

Peralihan Ke Fasa Endemik Ditangguhkan Seketika, Untuk Pantau Penularan Varian Omicron- Hishammuddin

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein memaklumkan usaha untuk beralih ke Fasa ‘Peralihan ke Endemik’ ditangguhkan seketika (pause) susulan daripada penularan varian Omicron.

Menurutnya, peralihan itu akan ditangguhkan sehingga kerajaan mengetahui dengan lebih lanjut mengenai varian baharu itu.

Sebelum itu, beliau juga mengatakan bahawa kerajaan telah ambil maklum mengenai varian Omicron yang menular di beberapa negara.

“Setakat ini, kerajaan ambil maklum bahawa varian ini bukan sahaja telah menular di Selatan Benua Afrika, tetapi juga di beberapa buah negara antaranya Itali, Denmark, Australia, United Kingdom, Belgium dan Hong Kong,” katanya dalam sidang media khas pada petang ini.

Tambahnya lagi, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedang membuat pemantauan rapi dan kesemua ahli mesyuarat Kuartet telah diberikan taklimat oleh Menteri Kesihatan, YB Khairy Jamaluddin mengenai tindakan segera yang telah diambil oleh KKM dan pendekatan seterusnya dalam masa terdekat berkaitan varian baharu ini.

Sumber: Bernama TV

Sofea

There's always another side to every story