Siakap Keli
Gambar Via The Indian Express

Varian Omicron Dikesan Lebih Awal Di Belanda Sebelum Pertama Kali Dilapor Di Afrika Selatan

Varian baharu Covid-19, Omicron, dipercayai telah dikesan lebih awal di Belanda sebelum pertama kali dilaporkan di Afrika Selatan.

Memetik laporan BBC, ia telah dikenal pasti dalam dua sampel ujian yang diambil di negara itu di antara 19 dan 23 November.

Pun begitu, tidak dapat dipastikan sama ada mereka yang menjalani ujian itu telah melawat Afrika Selatan atau tidak.

Dalam pada itu, dua penerbangan yang tiba dari Afrika Selatan pada Ahad lalu telah membawa kes pertama varian itu ke Belanda. Difahamkan seramai 14 orang penumpang yang mendarat di Amsterdam telah diuji positif Omicron.

Bukti awal menunjukkan bahawa Omicron mempunyai risiko jangkitan semula yang lebih tinggi. Saintis juga berkata bahawa ia akan mengambil masa kira-kira tiga minggu sebelum diketahui bagaimana variasi yang sangat bermutasi memberi kesan kepada keberkesanan vaksin.

“Dalam ujian PCR khas, sampel menunjukkan kelainan pada spike protein,” kata kata Institut Kesihatan Awam Negara (RIVM) yang mengumumkan kes terdahulu.

Sementara itu, pihak berkuasa Belanda telah berusaha menghubungi dan menguji beribu-ribu penumpang yang telah melakukan perjalanan dari Afrika Selatan, Botswana, Eswatini, Lesotho, Mozambique, Namibia dan Zimbabwe.

Sumber: BBC, Reuters

Sofea

Iqra'.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.