Siakap Keli

(Video) “Face Mask” Mana? Viral Gelagat Kucing Beratur Nak Beli Makanan, “Boleh Masuk Ke Tu”

Tak dapat dinafikan bahawa kucing sememangnya haiwan yang sangat comel sehingga di mana saja pun berada, ia pasti akan menjadi perhatian. Tambah-tambah lagi jika kucing tersebut mempunyai kelakuan yang ‘pelik’.

Sama seperti situasi di dalam video tular yang dikongsikan di TikTok ini. Menerusi video tersebut, seekor kucing dilihat seperti sedang menunggu giliran untuk membeli makanan di sebuah kedai makanan segera.

Kucing berwarna hitam putih itu dilihat sedang beratur sambil diperhatikan oleh orang ramai yang berada di belakangnya.

Dengan penuh disiplin dan kesabaran, kucing itu juga dilihat memerhati ke dalam kedai dengan penuh tekun.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan di mana kejadian tersebut berlaki.

Pun beratur juga

@cikmas.salizan

Pun beratur juga🤣

♬ bunyi asal – Mhd Aizzat – AizzatFromYT

Ternyata ramai netizen yang terhibur melihat gelagat kucing itu dan berseloroh bahawa kucing itu sepatutnya tidak dibenarkan masuk ke dalam kedai itu kerana tidak memakai pelitup muka.

Sehingga kini,video tersebut telah mendapat sebanyak 214.6 ribu tontonan.

Sumber: cikmas.salizan

Sofea

There's always another side to every story