Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Ibu bapa sering risau jika anak-anak mereka mengalami masalah cacing. Apabila terlihat anak sering menggaru punggung, memang tidak senang duduk dibuatnya. Lebih-lebih lagi pada musim banjir ini, penjagaan kualiti air minuman sangatlah penting agar memastikan perkara ini tidak berlaku.
Tetapi, tahukah anda ada lima jenis cacing yang boleh menjangkiti anak-anak anda? Oleh itu, mari ikuti perkongsian daripada Hello Doktor ini.
Sebelum mengetahui jenis cacing dalam perut yang berisiko menjangkiti anak, kita fahami serba sedikit mengenai jangkitan cacing ini.
Jangkitan ini boleh berlaku kepada sesiapa tanpa mengira peringkat usia, tetapi lebih kerap terjadi kepada kanak-kanak.
Cacing yang berada di dalam perut ini wujud pada saluran gastrousus – dinding usus. Ia boleh menimbulkan ketidakselesaan tinggi dan jangkitan biasa terjadi apabila:
Makan daging mentah
Penjagaan kebersihan diri lemah
Minum air tercemar
Cacing dalam usus ini bersifat parasit – bermakna ia mengambil makan daripada hos, iaitu anak anda.
Kesannya boleh mengakibatkan kekurangan zat makanan, menjejaskan tumbesaran dan membawa kepada masalah lain seperti anemia, hilang selera makan, lemah, loya, sakit perut berulang, cirit-birit dan muntah.
Jangkitan tersebut juga boleh menyebabkan masalah kognitif pada kanak-kanak.

Berikut 5 jenis cacing yang boleh menjangkiti anak anda.
Threadworm atau turut dikenali sebagai cacing jarum (pinworm), merupakan jangkitan paling biasa untuk terjadi. Ia berwarna putih, nipis dengan kepanjangan antara 8-13 mm.
Jangkitan cacing ini mudah merebak kerana ia mempunyai telur mikroskopik dan berkembang di dalam tubuh anak.
Antara simptom asas jangkitan cacing jarum ini adalah:
Kegatalan
Kerengsaan, kegelisahan, insomnia
Jangkitan cacing rambu atau whipworm ini biasanya berlaku kepada kanak-kanak atau individu tinggal di kawasan dengan tahap kebersihan yang rendah.
Di samping itu, mereka yang tinggal di kawasan beriklim panas atau lembap juga berisiko untuk dijangkiti.
Simptom jangkitan ini berbeza daripada ringan hingga teruk, seperti:
Muntah
Ketidakupayaan mengawal pengeluaran najis
Cirit-birit berdarah
Penurunan berat badan
Tapeworm atau cacing pita biasanya hidup dalam usus haiwan. Ia terjadi apabila haiwan meminum atau meragut rumput yang dicemari dengan parasit ini.
Jangkitan menular kepada manusia yang memakan daging haiwan dijangkiti yang tidak masak sepenuhnya.
Antara gejala yang boleh terjadi:
Loya
Lemah
Sakit perut
Hilang selera atau rasa lapar secara tiba-tiba
Fluke atau cacing pipih ini boleh mempunyai kepanjangan sehingga 4 inci.
Jika terkena jangkitan cacing pipih, simptom yang boleh terjadi adalah anak akan demam, keadaan lemah dan tidak selesa serta kegatalan.
Jangkitan cacing gelang atau roundworm berlaku apabila cacing yang hidup dalam tanah tercemar oleh najis masuk ke dalam tubuh melalui mulut.
Cacing ini boleh menjadi panjang sehingga 13 inci. Cacing gelang betina boleh bertelur sekitar 200,000 telur setiap hari.
Antara simptom yang boleh dialami adalah:
Cacing keluar daripada mulut atau hidung
Kegagalan untuk membesar atau kehilangan berat mendadak
Nafas berdehit
Demam
Berikut adalah antara simptom biasa apabila seseorang dijangkiti cacing, seperti:
Penurunan berat badan
Sakit perut
Cirit-birit, muntah dan loya
Kerap makan
Demam dan batuk kering
Berdehit
Anemia
Rasa sakit ketika kencing
Terdapat beberapa sebab yang boleh meningkatkan risiko jangkitan cacing terutamanya kepada kanak-kanak:
Minum atau mengambil makanan yang tercemar
Tahap kebersihan diri rendah
Menyentuh permukaan yang dijangkiti kuman seperti di taman permainan atau telur parasit dalam tanah
Menyentuh haiwan peliharaan yang dijangkiti
Makan daging yang kurang masak

Tidak mengira jenis cacing apa yang berada dalam perut, rawatan yang diberikan adalah sama:
Pesakit perlu memberikan sampel najis kepada makmal untuk memeriksa sama ada ia mengandungi telur cacing
Doktor biasanya akan memberikan ubat untuk mengeluarkan cacing daripada perut. Tempoh pengambilan ubat adalah antara 1-3 hari. Ahli keluarga juga perlu menerima rawatan
Terdapat beberapa perkara boleh dilakukan untuk mencegah penyebaran cacing dan jangkitan daripada berulang:
Didik anak untuk basuh tangan dengan sabun selepas ke tandas, bermain di luar rumah atau dengan haiwan peliharaan dan sebelum makan

Memotong kuku dengan kerap
Galakkan anak untuk tidak menggaru punggung atau menghisap jari
Rawat setiap ahli keluarga dengan ubat antiparasit jika ada individu dalam keluarga terkena jangkitan cacing
Jika anak atau ahli keluarga mengalami jangkitan, kerapkan basuh pakaian, sarung katil dengan air sabun panas setiap hari selama beberapa hari selepas rawatan
Jangan makan buah atau sayuran tidak dibasuh atau daging kurang masak
Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan mengenai keadaan anak yang membimbangkan anda, berjumpalah dengan doktor untuk lebih kepastian.
Sumber : Hello Doktor