Siakap Keli

Bisnes Online Pun Kena Tunaikan Zakat Perniagaan, Tapi Kena Cukup Syarat Syarat Wajib Dulu

Zaman sekarang ramai yang buat perniagaan online. Bila kita dah mula berniaga memang kadang-kala pada awalnya susah untuk kita cari pelanggan. Banyak cabaran nak kena tempuh. Tapi bila kita dah stabil dan ramai orang membeli dengan kita. Mesti kita rasa seronok kan, nak terus jual dan jual lagi. Tapi dalam seronok tu jangan kita lupa ada kewajipan yang perlu kita tunaikan walaupun berniaga online.

Ya, betul. Kewajipan untuk tunaikan zakat perniagaan. Kalau kita tengok infografik kat bawah ni, jenis-jenis perniagaan yang wajib untuk keluarkan zakat. Salah satunya adalah jenis perniagaan online. Antaranya adalah seperti berikut:

Syarat Wajib Zakat Perniagaan:

  1. Muslim. Tapi jika perniagaan yang mempunyai pemilikan bercampur antara Muslim dengan bukan Muslim, hanya bahagian pemilikan dan kepentingan orang islam sahaja yang dikenakan zakat.
  2. Sempurna Milik. Harta yang dikenakan zakat mestilah ada kesempurnaan dari segi pemilikan (hak milik aset) dan keupayaan mengurus (penggunaan tanpa batas) iaitu mempunyai kuasa penuh ke atas harta.
  3. Cukup Nisab. Paras minima yang menentukan sama ada wajib atau tidak sesuatu harta dikeluarkan zakat. Nisab adalah bersamaan dengan nilai 85 gram emas semasa.
  4. Cukup Haul. Genap setahun perniagaan. Penentuan sama ada wajib zakat atau tidak adalah dengan melihat kepada seluruh harta perniagaan di akhir haul yang mesti mencapai atau melebihi nisab.
  5. Niat Berniaga. Jika seseorang yang menternak kambing dan lembu dengan niat sebagai aset perniagaan atau menjadi komoditi perniagaan atau misalnya sebagai sumber penghasilan seperti lembu tenusu maka ia dikira sebagai zakat perniagaan bukannya zakat ternakan.
  6. Barang Perniagaan dan Perkhidmatan yang Halal. Perniagaan yang halal sahaja yang diwajibkan berzakat. Semua bentuk perniagaan yang haram, sama ada dari segi zatnya seperti arak dan khinzir ataupun perniagaan perjudian dan riba adalah tidak diwajibkan zakat.

Bila dah cukup syarat wajib, segeralah kita tunaikan kewajipan kita sebagai seorang muslim. Sebagai orang Islam yang dituntut seperti mana terkandung dalam Rukun Islam yang ke-3 iaitu menunaikan zakat. Zaman sekarang ni semua benda kat hujung jari je, termasuklah bayar zakat. Kita boleh bayar zakat hanya menerusi eZakatPay (FPX, Jompay dan Touch N Go). Tak payah susah-susah nak datang ke kaunter atau cawangan Zakat Selangor. Bayar online je kan senang. Lagi-lagi musim pandemik la ni.

Terdapat banyak faedah dan hikmahnya, bila kita keluarkan zakat. Antaranya, membiasakan diri menjadi seorang pemurah dan membuang sifat kedekut dalam diri kita. Ingat satu perkara, mengeluarkan zakat ini tidak akan mengurangkan harta yang kita ada malahan semakin bertambah. Kalau lepas baca ni, baru teringat belum keluarkan zakat dari bisnes online anda. Tunaikanlah segera tau! Hanya terus ke pautan DI SINI. Kalau nak tau pelbagai info tentang zakat dan juga maklumat ke mana duit zakat diagihkan, anda boleh follow laman Instagram Zakat Selangor. Jangan lupa, tunai online je!

Bacaan khas buat pembayar zakat di Lembaga Zakat Selangor! Sambil bayar zakat dan berkongsi tu mana tau rezeki jatuh dari langit boleh menang sehingga RM17,000!

Tak susah pun lepas dah bayar zakat kat sini https://fpx.zakatselangor.com.my/

Scan kod QR Code untuk step selanjutnya atau klik link ini https://my2point5.zakatselangor.com.my/

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)