Siakap Keli

(Video) “Bila Tekan Brek, Stereng Rasa Bergegar..,” Ini Punca Korang Kena Tahu Sebelum Melarat

Selain rumah, kereta juga merupakan keperluan penting yang harus dimiliki oleh setiap orang terutama bagi yang sudah berkeluarga. Tidak kira apa jua jenis kenderaan yang dibeli, ia perlu dijaga dengan sebaiknya dan sentiasa diselenggara bagi mengelakkan sebarang kerosakan kelak.

Bila sudah terlalu lama digunakan, kereta kebiasaannya akan mengalami masalah dalam bahagian enjin sehingga menyebabkan pemanduan menjadi tidak lancar.

Tidak cuma itu, kadang kala brek kereta juga akan mengalami masalah dan akan mengeluarkan bunyi yang kuat jika ditekan.

Kebiasaannya, terdapat tiga jenis bunyi brek yang berpunca daripada pelbagai masalah iaitu bunyi berdecit, bunyi pengisa dan bunyi berdentum atau bergegar.

Puncanya?

Menurut @muadzmustafha di TikTok, antara punca yang menyebabkan brek mengeluarkan bunyi seperti itu adalah disebabkan oleh disc brek sudah bengkok atau kelihatan sudah berbelang.

Bila ianya berlaku, anda perlu memeriksa disc atau menukarkannya jika ia sudah tidak lagi berfungsi.

Bukan itu sahaja, kadang kala bunyi brek juga berlaku disebabkan oleh masalah pada pin atau piston dan pam mungkin ‘jem’ atau sudah bocor.

Tambah Muadz lagi, brake pad juga mungkin mengalami masalah kerana kualitinya yang tidak baik. Justeru, pemilik kereta dinasihatkan untuk menggunakan brake pad yang asli.

Menerusi video itu, Muadz juga menasihatkan pengguna kereta untuk bertindak membaiki brek yang sudah berbunyi dengan segera bagi mengelakkan perkara yang lebih buruk berlaku.

Jika ingin memahami dengan lebih jelas, jom tonton video Muadz di bawah ini.

@muadzmustafha

BRAKE BERBUNYI SERIUS RIMAS😤 #brakes #velfire #viva #learnontiktok #tiktokguru #tiktokmalaysia #drtayarmuar

♬ Oh No – Kreepa

Sumber: muadzmustafha

Sofea

There's always another side to every story