Siakap Keli
Foto: Tuan M E-One

Lelaki Dakwa Beli Pulut Bakar Berintikan ‘Ubat Stapler’, Ini Aktanya Kalau Terjadi Kat Korang

Dawai kokot atau lebih dikenali ubat ‘stapler’ biasanya digunakan di pejabat dan ianya nampak tidak berbahaya tetapi penggunaannya dalam pembungkusan termasuk makanan boleh mencetuskan bahaya jika ditelan atau dipijak.

Bayangkan korang tengah enak menjamah makanan kegemaran, tetiba korang tergigit satu benda keras dan bila dikeluarkan dari mulut ianya adalah dawai kokot, apa perasan korang? Mesti cemas kan?

Macam seorang pengguna Facebook ini, Tuan M E-One menceritakan pengalamannya membeli pulut bakar yang selalunya berintikan sambal kelapa bersama udang kering, tetapi kali ini dia mendapat ‘inti’ dawai kokot. Sangat berbahaya.

Makan pulut bakar inti ubat stapler pagi nie. Beli pasar tani Mache pagi tadi. Terkejut smeta. Mujur tak makan budak. Makan sikit nampak tersusun molek ubat stapler…inti takda langsung.

Share sebab nak suruh beringat je takut kena ke orang lain pulak…

Gambar: Tuan M E-One

Akan memberi padah terutamanya buat kanak-kanak

Dawai kokot ini terlalu kecil untuk dikesan sekiranya termasuk dalam makanan dan sekiranya ditelan, mungkin buruk padahnya terutamanya bagi kanak-kanak.

Menurut Dr Ho Hon Lian seorang Perunding Hidung, Tekak dan Leher (ENT), tertelan bendasing akan menimbulkan masalah besar untuk kanak-kanak. Bendasing ini kebiasannya secara spontan melalui saluran gastroususu tetapi objek yang tajam akan menyebabkan luka sepanjang saluran gastrousus.

Apa yang akan berlaku jika seseorang itu tertelan dawai kokot?

Gambar hiasan

Sama ada ianya satu kecemasan atau tidak bergatung di mana bendasing itu berada. Lazimnya dawai kokot tidak serta merta menyebabkan masalah dan ianya kecil.

Sesetengah pesakit akan berasa seolah-olah dawai kokot tersebut berada ditekak tetapi hakikatnya ia sudah berada di esofagus. Rasa sakit ditekak berkemungkinan daripada luka dan ianya boleh sembuh sendiri.

Namun jika seseorang itu mengalmi sakit dada, di tekak atau bermasalah untuk makan atau minum segera dapatkan periksaan perubatan. Doktor boleh keluarkan dawai kokot itu dnegan segera sebelum mendapat komplikasi yang lain.

“…apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM30,000 atau dipenjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.”

Memetik daripada laporan Bernama, para peniaga dan pembeli harus tahu tentang akta yang disediakan jika berlaku perkara sebegini. Dawai kokot dikategorikan sebagai bendasing dalam bentuk bahaya fizikal untuk pembungkusan makanan.

Ia tertakluk pada Seksyen 13A Akta Makanan 1983, Peraturan 37 (Juzuk Kebetulan) Peraturan-peraturan Makanan 1985 dan Peraturan 36 (Penyediaan, Pembungkusan dan Penghidangan Makanan) Peraturan-peraturan Kebersihan Makanan 2009.

Sebagai contoh, menurut Seksyen 13A Akta Makanan 1983, mana-mana orang yang menyediakan atau mejual apa-apa makanan yang mengandungi aau terdpaat apa-apa jirim yang asing kepada sifat makanan itu, apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM30,000 atau dipenjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.

Perkara ini diterangkan oleh Prof Dr Jinap Selamat yang merupakan Ketua Penyelidikan Keselamatan Makanan IFOSREC dari Universiti Putra Malaysia (UPM).

Jadi, kepada para peniaga seharusnya memastikan perkara sebegini tidak akan berulang lagi, ini bagi memastikan keselamatan pengguna serta  mengelakkan insiden yang tidak diingini berlaku pada kanak-kanak.

Sumber: Tuan M E-one, Bernama

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang