Siakap Keli
Gambar: Twitter

Tergelincir Akibat Jalan Licin, Penunggang Motosikal Nyaris Digilis Lori

Baru-baru ini tular satu rakaman dashcam memaparkan situasi seorang budak melintas jalan yang nyaris digilis. Tetapi budak itu bernasib baik kerana pemandu lori perasan dan sempat menekan pedal brek.

Terbaharu, tular satu lagi rakaman kejadian ngeri yang dipercayai berlaku pada kelmarin, memperlihatkan situasi cemas seorang penunggang motosikal yang hampir digilis lori di tengah-tengah jalan.

Menerusi rakaman tular itu, pada awalnya kereta yang merakam rakaman menerusi dashcam itu dilihat mahu menuju ke lorong laluan di sebelah.

Kemudian muncul pula seorang individu yang menunggang motosikal dari arah belakang. Namun penunggang tersebut dilihat hilang kawalan sebelum motosikalnya tergelincir di atas jalan.

Bagaimanapun dalam beberapa saat, muncul pula sebuah lori dari belakang hampir-hampir terempuh motosikal berkenaan. Namun nasib baik menyebelahi penunggang itu apabila dia sempat lari dan mengelak daripada digilis lori tersebut.

Berdasarkan rakaman tersebut, suasana jalan raya di situ ketika itu dipercayai berada dalam keadaan basah akibat hujan. Mungkin itulah punca bagaimana penunggang tersebut boleh tergelincir.

Menerusi paparan video dashcam itu, situasi ngeri itu dipercayai berlaku kira-kira sekitar pukul 2.47 petang hari kejadian. Bagaimanapun lokasi sebenar kejadian tidak dikenal pasti setakat ini.

Sumber: Twitter

Nadhirah