Siakap Keli
Gambar via Majlis Sukan Negara

TERKINI: Ayah Datuk Azizulhasni Awang Meninggal Dunia

Terkini, dikhabarkan ayah kepada pelumba basikal negara, Datuk Azizulhasni Awang dilapor meninggal dunia pada awal pagi tadi.

Berita tersebut dimaklumkan sendiri oleh beliau di ruangan Story dan Post di akaun Instagram miliknya sebentar tadi.

“Assalamualaikum semua. Untuk makluman, ayah saya Awang Bin embong telah pulang ke Rahmatullah awal pagi tadi.

“Semoga ayah diampunkan segala dosanya, diterima segala amal ibadatnya dan ditempatkan bersama orang-orang beriman,” tulisnya.

Sementara itu, laman Facebook Majlis Sukan Negara turut memuat naik kenyataan ringkas mengenai pemergian Allahyarham.

“Dimaklumkan, Ayah kepada Dato Azizulhasni Awang telah meninggal dunia pagi tadi di Dungun Terengganu.

“Ya Allah! Ampunilah allahyarham,berilah dia rahmat-mu, kesejahteraan, serta maafkanlah kesalahannya..”

Semoga Allahyarham ditempatkan dalam kalangan roh orang-orang yang beriman. Salam takziah & Al-Fatihah.

Sumber: IG Datuk Azizulhasni Awang / FB Majlis Sukan Negara

Faiz Mustafa