Siakap Keli
Gambar: Kumparan, Kompas.com

Dakwa Perlu Masuk Kerja ‘Time’ Cuti, Lelaki Nekad Bakar Pejabat Isterinya

Seorang lelaki nekad membakar bangunan pejabat Badan Perancang Kemajuan Wilayah (Bappeda) di Riau, Jalan Gajah Muda, Pekanbaru, Indonesia hanya kerana berang terhadap isterinya, lapor portal Kumparan.

Lelaki tersebut didakwa geram terhadap isterinya yang tetap pergi bekerja meskipun pada Selasa (1/2/2022) adalah cuti Tahun Baru Cina.

“Saya marah,” ujar lelaki itu ketika diiring anggota polis menuju ke lokasi dimana dia menuangkan minyak untuk dibakar.

Ketua Polis Pekanbaru, Kombes Pol Pria Budi berkata, ketika lelaki itu datang ke bangunan Bappeda, dia tidak berjaya menemui isterinya. Padahal, dari rumah, si isteri menyatakan bahawa dia keluar untuk bekerja di pejabat.

“Daripada keterangan suspek, isterinya mengakui bahawa dia hendak ke pejabat, ternyata ketika dia hadir untuk memeriksa keberadaan isterinya itu, isterinya tiada di situ,” kata Pol Kombes Pol Pria Budi.

Kombes Pria Budi akan menjalankan siasatan lanjut terhadap motif sebenar suspek nekad untuk membakar bangunan itu.

Difahamkan bahawa, suspek bukan sahaja membakar bangunan milik Kerajaan Wilayah Riau (Pemprov) itu, dia juga turut mengancam penawal keselamatan untuk membenarkan dia masuk ke dalam bangunan tersebut.

“Selain membakar sofa di tingkat dua bangunan itu, suspek turut memecahkan pintu kaca bangunan tersebut,” kata Pol Kombes Pol Pria Budi.

Pria Budi menjelaskan, suspek yang membawa senjata tajam telah memasuki bangunan itu ke tingkat dua. Kemudian dia bertindak menyiram sofa di tingkat tersebut, sehingga menyebabkan api marak ke tingkat tiga.

“Suspek itu telah berjaya kami tahan di rumahnya, ujar pegawai polis berkenaan.

Sumber: Kumparan.com

Aqmal Ezany

I write what is right