Siakap Keli

(LIVE) TERKINI: Berbaki Kurang 2 Meter Sahaja Lagi, Proses Menarik Keluar Rayan Oleh Pasukan Penyelamat

Pasukan penyelamat kini dilaporkan berada dalam jarak kurang dua meter sahaja lagi untuk sampai ke posisi keberadaan Rayan, kanak-kanak yang terperangkap selama empat hari setelah jatuh dalam perigi sedalam 32 meter di Maghribi.

Memetik media Maghribi, Chouf TV menerusi rakaman langsung dari wilayah Shafchaoun, misi menyelamatkan Rayan dikatakan menemui titik terang setelah kanak-kanak malang itu dilaporkan bakal dikeluarkan pada bila-bila masa sahaja oleh pasukan penyelamat.

BACA: (LIVE) TERKINI: Keadaan Makin Genting, Misi Menyelamatkan Rayan Berada Di Fasa Terakhir

Semalam, pasukan penyelamat telah memasukkan tiub bagi menahan longsoran tanah sementara mereka menggali terowong untuk sampai ke posisi Rayan. Namun, usaha tersebut tidak berjaya ekoran keadaan tanah yang tidak stabil.

Bagi memastikan Rayan terus bertahan, pihak penyelamat memetik media Maghribi telah berjaya menghantar oksigen dan air ke dasar perigi pada petang Khamis.

BACA: Empat Hari Terperangkap Dalam Perigi, Misi Selamatkan Rayan Trending Di Sosmed

Di samping berdepan risiko tanah runtuh kerana bentuk muka bumi di kawasan berkenaan yang bercampur lapisan berbatu dan berpasir, pasukan penyelamat dikatakan keletihan namun masih bertahan demi menyelamatkan Rayan.

Helikopter Angkatan Tentera Diraja juga telah bersedia untuk mengangkut kanak-kanak itu secepat mungkin ke unit perubatan terdekat sejurus dia dikeluarkan.

Berita lanjut menyusul.

Sumber: Chouf TV

Eyla Azri