Siakap Keli
TikTok: @bihunggoreng

(Video) Majlis Perkahwinan ‘Terganggu’, Pengantin Terpaksa ‘Tinggalkan’ Majlis ‘Layan’ Abang Kurier

Hari perkahwinan biasanya dilalui dengan suasana khusyuk dan gembira. Bagaimanapun, perkahwinan yang dirakam dalam video tular akaun TikTok @bihunggoreng ini, berjaya membuatkan warganet ketawa terbahak-bahak.

Hal ini kerana, majlis perkahwinan itu sedikit terganggu dengan kedatangan abang kurier menghantar bungkusan yang perlu dibayar secara tunai semasa penghantaran (COD).

“COD di hari pernikahan,” kata pencipta kandungan tersebut, seperti dipetik Suara.com pada Ahad (6/2/2022).

Bagaimanapun, video tersebut memaparkan suasana di sebuah rumah yang sedang sesak dipenuhi sebilangan orang. Rumah itu juga kelihatan telah siap dihiasi dengan hiasan majlis perkahwinan.

Namun, pemandangan luar biasa dilihat apabila kamera memfokuskan pada bahagian luar rumah di mana seorang kurier dilihat menyerahkan bungkusan kepada seorang wanita di luar rumah.

Perbualan antara orang yang dirakam dalam video tidak jelas kedengaran kerana ia diliputi oleh muzik yang dimainkan di latar belakang video.

Namun, dalam video tersebut terlihat seorang lelaki yang diminta menyampaikan ‘parcel’ kepada keluarga yang sedang menjalani upacara perkahwinan.

Peristiwa luar biasa ini sudah tentu menarik perhatian warganet di TikTok. Setakat artikel ini ditulis, video berdurasi 11 saat itu telah meraih sebanyak lebih 1k tanda suka.

@bihunggoreng

COD dihari pernikahan😭👍🏻👍🏻 #fypシ゚viral #fyp #xyzbca

♬ suara asli – yada sw – yada sw

Menjengah ke ruangan komen pula, rata-rata warganet turut terhibur melihat video tersebut. Ada juga yang meninggalkan komen lucu dan berseloroh tentang peristiwa itu.

Sumber: Suara.com, TikTok

Aireena Marizan

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.

error: