Siakap Keli

Penyanyi Lagu ‘Apo Kono Eh Jang’, Mastura Ismail Meninggal Dunia

Penyanyi popular 80-an, Mastura Ismail meninggal dunia pada usia 65 tahun di kediamannya di Taman Cheras Idaman, Cheras.

Berita duka ini disampaikan oleh Setiausaha Agung Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Hafiz Nafiah dalam satu kenyataan media sebentar tadi.

”Dukacita dimaklumkan bahawa seorang lagi permata seni hiburan tanah air Mastura Ismail yang terkenal dengan lagu “Apo Kono Eh Jang” telah kembali kerahmatullah pada jam 8.50 malam tadi dikediaman beliau di Cheras.

”Beliau dilahirkan pada 16 April 1957 di Tanjung Kerayong Mentakab Pahang. Beliau meninggal dunia pada usia 65 tahun”, tambahnya.

Jelasnya lagi, jenazah Allahyarhamah kini berada dirumahnya di Taman Cheras Idaman, jenazah akan dimandikan dan dikafankan di Masjid Taman Rakan Cheras sebelum dikebumikan di tanah Perkuburan Sungai Long sebelum Zohor esok (10 Feb 2022).

Sumber: Seniman, Astro Awani

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang