Siakap Keli
Gambar: Helmi Hasan

Nak Beli Motosikal Terpakai Tapi Tak Yakin? Abang Ni Ajar ‘Step by Step’ & Confirm Senang Dapat

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Mungkin ada sesetengah antara anda yang ingin membeli motosikal baru tetapi bajet tak cukup. Tapi nak beli motosikal terpakai atau orang panggil second hand risau ada banyak masalah pula nanti.

Bukan apa, kalau beli motosikal terpakai anda memerlukan checklist daripada A sampai Z untuk memastikan prosedur pembelian anda itu berjalan dengan lancar.

Kalau setakat nak beli terus tapi tak ikut prosedur tertentu risau nanti anda juga yang rasa tak puas hati. Lagi-lagi mereka yang tiada pengalaman atau ilmu untuk membeli motosikal terpakai.

Silap hari bulan mahu ada yang pakai motosikal dengan keadaan kena repair macam-macam. Kalau sebab kena repair tahan lagi, buatnya kena tahan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sebab tak cukup syarat. Lagi teruk anda nak uruskan.

Oleh itu, anda boleh ikuti perkongsian daripada abang ini mengenai cara membeli motosikal terpakai di Malaysia. Apa yang menarik, perkongsian kali ini ditunjukkan daripada awal sehingga akhir.

Semoga bermanfaat!

Cara Membeli Motosikal Terpakai di Malaysia

Dalam thread ini, saya akan kongsikan bagaimana saya membeli motosikal terpakai dan proses pemindahan hak milik di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Ini adalah kriteria yang saya cari dalam motosikal pertama saya:

  • Skuter laju dengan gear automatik
  • Ruang simpanan di bawah tempat duduk untuk topi keledar saya
  • Kurang daripada 250cc, kuasa yang mencukupi, namun besar.
  • Seeloknya motosikal terpakai tak sampai RM7k.

Terdapat 3 laman web yang saya cadangkan untuk motosikal terpakai di Malaysia:

Walau bagaimanapun jika anda tidak berniat untuk membeli dari laman web ini, seeloknya anda cuba untuk membuat survey nilai pasaran motosikal yang anda inginkan.

Gambar: Twitter Helmi Hasan

Perkara yang perlu diperhatikan pada motosikal terpakai

Perhatikan 3 perkara ini yang biasanya menunjukkan sama ada pemilik menjaga motosikal dengan baik:

  • Tayar motor yang masih elok dengan bunga tayar
  • Tiada kesan calar atau kesan kemek pada tayar
  • Rekod service motosikal
Gambar: Helmi Hasan

Cara memindahkan pemilikan motosikal

1. Kedua-dua pembeli & penjual pergi ke JPJ (caj sekitar RM3).
2. Membuat permohonan pemindahan di kedai motosikal (caj sekitar RM100), dan anda masih perlu pergi ke JPJ untuk mencetak geran baharu – saya buat ini.
3. Upah runner untuk membuat urusan.

Gambar: Helmi Hasan

Apa yang perlu dibawa ke JPJ untuk pemindahan hak milik

  • Geran asal daripada pemilik terdahulu
  • Sekeping kertas yang menyatakan bahawa permohonan pindah milik telah dilakukan secara dalam talian (dari kedai motosikal)
  • Beli insurans SEBELUM datang ke JPJ.
  • Saya bayar RM2 untuk cukai jalan 125cc
Gambar: Helmi Hasan

Saya membeli beberapa barangan sebelum saya boleh mula menunggang motosikal:

  • Topi keledar
  • Sarung tangan menunggang
  • Pemegang telefon
Gambar: Helmi Hasan

Insurans

Menunggang motosikal lebih berbahaya dan berisiko daripada memandu kereta. Sudah tentu anda tidak mahu sebarang kemungkinan buruk daripada berlaku, tetapi pastikan anda mempunyai insurans medical/hospitalization.

Perlindungan tambahan

Sebagai perlindungan tambahan, boleh pertimbangkan insurans hospital untuk melengkapkan kad perubatan anda

Kos tambahan

Semua barangan lain yang perlu saya bayar selain daripada membeli motosikal daripada pemilik adalah sebanyak RM 629

Gambar: Helmi Hasan

Dah selesai!

Itu pengalaman saya membeli motosikal terpakai di Malaysia. Jika anda ingin membaca versi pengalaman saya yang lebih terperinci, baca artikel saya di link ini untuk bahasa Melayu dan link ini untuk bahasa Inggeris.

Sumber: Helmi Hasan & Balkoni Hijau

Nadhirah