Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Ali Puteh atau pemilik nama sebenar Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan beserta keluarganya mengambil keputusan untuk membuat rayuan di Mahkamah Tinggi, lapor Sinar Harian.
Ali menyatakan hasrat itu setelah keputusan mahkamah tidak berpihak kepadanya dalam kes saman fitnah yang difailkan balu kepada abangnya, Allahyarham Abam Bocey.
“Saya sudah bersedia dengan keputusan kes, sebab saya tahu kalah kena maki, menang pun kena maki.
“Sepanjang dua tahun ini, saya sudah lali dengan situasi tersebut dan tidak mahu membuat kenyataan yang boleh mengundang lebih banyak kecaman,” katanya memetik Sinar.
Jelas Ali, beliau menghormati keputusan tersebut dan akan menunggu penghakiman secara bertulis.
“Kita menunggu penghakiman secara bertulis kerana kita mahu lihat dari mana hakim membuat keputusan dan kami akan menilai semula hujahan di peringkat rayuan kelak.
“Apa pun kami hormat dengan keputusan itu dan akan menggunakan hak untuk merayu,” ujarnya.
Hidayah telah memfailkan saman fitnah terhadap Ali Puteh sekitar Mei 2020 ekoran kenyataan yang menggambarkan dirinya seoang yang tidak bertanggungjawab.
Wanita itu telah memohon ganti rugi am, teladan atau punitif dan teruk yang tidak dinyatakan jumlahnya.
Beliau turut memohon satu perintah injunksi menghalang adik iparnya menyiarkan sebarang kenyataan berbaur fitnah terhadap dirinya yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.
Hari ini, Mahkamah Sesyen memerintahkan Ali Puteh membayar sebanyak RM60,000 kepada Siti Nor Hidayah. Perintah tersebut berikutan tindakan Ali Puteh pernah mengeluarkan kenyataan mengaibkan di Instagram terhadap Siti Nor Hidayah, dua tahun lalu.
Memetik laporan Sinar Harian, Hidayah dilihat menundukkan kepala dalam keadaan berlinang air mata sepanjang keputusan dibaca. Setelah prosiding selesai wanita itu melakukan sujud syukur di galeri awam.
Siti Nor Hidayah turut mengucapkan rasa syukur kerana keputusan mahkamah berpihak kepadanya dan berterima kasih kepada pihak yang terlibat.
“Alhamdulillah syukur pada Allah kes saman hakim putuskan kemenangan kepadaku, Hidayah Hamzah. Syukur pada Allah.
“Terima kasih kepada peguam kami, mak, abah, anakku, adik-beradik, family dan rakyat Malaysia yang mendoakan kami sekeluarga,” tulis Hidayah.