Siakap Keli
Gambar : gardeningknowhow.com

(Video) Telur Keluar Cantik Warna Pink, Rupanya Ini Cara Siput Babi Bertelur

Pernahkah anda tertanya-tanya mengenai proses pembiakan siput, atau bertanya kepada diri sendiri “adakah siput bertelur’?

Siput kebiasaannya dilihat sebagai haiwan perosak yang boleh memusnahkan taman anda. Mereka juga membiak pada kadar yang menakjubkan dalam masa beberapa minggu sahaja.

Adakah Siput Berterlur?

Kebanyakan spesis siput, seperti siout coklat yang biasa kita lihat, bertelur. Mereka boleh bertelur sehingga beratus-ratus telur pra-senyawa setiap tahun dan akan menetas dua minggu kemudiannya apabila mencapai kematangan dalam setahun.

Sebaliknya, sesetengah spesis seperti siput ar tawar, membiak dengan cara tertentu. Siput betina akan membawa telur tersebut dalam rongga khas.

Telur tersebut akan menetas di dalam, kemudian bayi siput akan merangkag keluar setelah mereka mendapat nutrien yang diperlukan.

Bagaimana Siput Membiak?

Siput ialah hemaphroditic, yang bermaksud mengandungi kedua-dua organ pembiakan jantan dan betina.

Oleh sebab ituah siput boleh menghasilkan telur secara individu dan bukannya bergantung kepada pasangan.

Walaupun siput tidak memerlukan pasangan, kebiasaannya mereka memilih untuk mengawan dengan siput lain.

Apa yang lebih menarik ialah siput boleh memilih untuk mengawan sebagai betina pada satu musim dan kemudian sebagai jantan pada musim berikutnya. Jadi, dua siput tersebut boleh menyuburkan antara satu sama lain secara serentak.

Organ pembiakan seiput terletak di bahagian hadapan badan mereka untuk memudahkan proses mengawan. Proses mnegawan agak panjang sehingga mengambil masa di antara dua hingga 12 jam.

Bila Siput Mengawan?

Siput lebih suka mengawan pada bulan-bulan musim panas dalam setahun, manakala di kawasan yang lebih panas, mereka akan membiak pada bulan musim luruh.

Masa yang paling aktif adalah sekitar matahari terbenam dan kebiasaannya masa tersebut merupakan masa proses mengawan berlaku

Sesetenga siput mempunyai jangka hayat kira-kira lima hingga tujuh tahun dan menghasilkan anak sekitar setahun.

Dalam beberapa tahun sahaja, siput boleh membiak sehingga beribu-ribu anak.

Tempat Dan Keadaan Siput Bertelur

Siput bertelur di dalam tanah seperti dalam lubang kecil sedalam 1 hingga 1.5 inci kerana tanah akan melindungi telur dan membantu mengekalkan suhu.

Antara keadaan untuk membiak telur yang sempurna adalah pada suhu tanah sekitar 70 darjah F, kelembapan tanah 80% dan kompisisi sekitar 20 hingga 40% bahan organik.

Telur siput akan mula menetas selepas dua hingga empat minggu. Apabila mula menetas, mereka sangat memerlukan sumber kalsium dan sumber yang terbaik datangnya daripada telur yang belum menetas.

Adakah Siput Bertelur Di Dalam Air DAn Bolehkah Siput Bertelur Dalam Tangki?

Terdapat pelbagai spesis siput di dunia. Ada yang tinggal di darat dan ada juga yang berada di dalam air. Walaupun siput darat lebih suka bertelur di dalam tanah, siput air tawar lebih suka bertelur di dalam air.

Siput air tawar biasanya akan bertelur pada rumpun yang melekat pada tumbuhan akuatik atau bahan lain dalam air. Sesetengah siput air tawar ada juga yang bertelur di darat, namun apabila menetas, mereka akan kembali ke air.

Bagi penggemar akuarium, membela siput merupakan perkara biasa kerana dijadikan sebagai pembersih tangki. Siput mungkin bertelur di dalam tangki seperti yang dilakukan di perairan, namun jika di dalam tangki, mereka akan bertelur pada apa-apa sahaja yang diletakkan di dalam tangki.

Sumber : wildlifeinfromer.com

Fathin Nadzira