Siakap Keli
amerika rusia negara berjiran
Gambar : theatlantic.com/ NASA via kcentv.com

Atas Peta Macam Jauh, Rupanya Amerika & Rusia Negara Berjiran

Bila melihat peta, kita tentu perasan beberapa negara kelihatan jauh antara satu sama lain. Misalnya Amerika Syarikat dengan Rusia, kedudukan 2 negara ini diatas lakaran peta tidak menampakan kedua-duanya negara jiran. Namun siapa sangka, disebalik perseteruan itu, Amerika Syarikat dan Rusia sebenarnya negara berjiran yang berkongsi sempadan perairan.

Cuba anda lihat peta dibawah, dari pandangan mata kasar, Amerika Syarikat dengan Rusia berada di lokasi jauh berbeza antara satu sama lain.

Gambar : kcentv.com

Secara umumnya, kita sudah biasa melihat peta tersebut, sama ada di sekolah, dalam buku mahupun di dalam talian.

Walau bagaimanapun, bumi itu berbentuk sfera dan apa yang anda lihat hanyalah peta yang dibentangkan semata-mata. Peta tersebut tidak menggambarkan jarak antara benua Amerika Syarikat dan Rusia dengan tepat.

Sebab itulah ia membuatkan mereka berasa seperti berada di sisi bertentangan antara satu sama lain. Pasti anda terlupa dengan kewujudan negeri Kesatuan ke-49, Alaska, yang terputus dalam peta. Disebabkan Alaska, secara teknikalnya Amerika Syarikat dan Rusia sebenarnya negara ‘berjiran’.

Alaska merupakan tanah yang dibeli oleh A.S. dari Rusia dengan harga USD 7.2 juta (RM30.2juta) pada tahun 1867, menurut rekod Perpustakaan Kongres.

Menurut alaskacenters.gov, jaraknya adalah kira-kira 55 batu antara satu sama lain dan anda boleh melihat Rusia dari Alaska sahaja.

Secara perspektifnya, itu adalah perjalanan yang lebih singkat berbanding Temple ke Austin, 2 tempat dalam Amerika Syarikat, kira-kira 67.8 batu.

Walau bagaimanapun, perlu diingatkan bahawa itu hanyalah jarak dari setiap tanah besar, iaitu daripada titik paling barat negeri ini, Wales dan bahagian paling timur Rusia, Cape Dezhnev.

Gambar : NASA via kcentv.com

Alaska dan Rusia dipisahkan oleh Selat Bering. Walau bagaimanapun, anda akan menemui dua pulau yang dipanggil Big Diomede dan Little Diomede, di tengah-tengah negara Asia dan negara Amerika Utara.

Dikenali sebagai pulau ‘Semalam’ dan ‘Esok’, Big Diomede merupakan milik Rusia dan Little Diomede pula adalah milik A.S.

Jarak antara kedua-dua pulau tersebut berjarak lebih kurang 2.5 batu sahaja.

Gambar : NASA via kcentv.com

Tahun lepas, ada seorang pengguna TikTok tular selepas mendakwa dalam videonya bahawa anda boleh berjalan kaki dari Amerika Syarikat ke Rusia dalam jarak yang sangat kecil kira-kira 20 minit sahaja.

“Apa yang lebih tidak disangkakan adalah Pulau Big Diomede 21 jam lebih awal daripada Pulau Little Diomede. Ini bermaksud jika anda berjalan kaki dari Amerika Syarikat ke Rusia, anda akan bernar-benar merasai berjalan ke hari berikutnya.”

“Disebabkan itulah mereka digelar Little Diomede ‘Yesterdayland’ dan Big Diomede ‘Tomorrowland’,” kata pengguna TikTok itu.

Apa yang diperkatakan olehnya mendapat pengesahan daripada alaskacenters.gov mungkin secara teknikalnya.

@alanstheory

#travel #fyp #alaska

♬ abcdefu – GAYLE

@andrew_laub

Anyone wanna walk to Russia with me?

♬ original sound – Big Facts

BACA: (Video) Puluhan Orang Awam Dilapor Terbunuh, Bandar Kharkiv Didakwa ‘Dihujani’ Roket Rusia

Sumber : kcentv.com, TikTok alanstheory, TikTok andrew_laub

Fathin Nadzira