Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
YouTube dilaporkan menyekat saluran berita Russia Today (RT) dan Sputnik News sebagai tindak balas terhadap pencerobohan Rusia ke atas Ukraine, lapor The Hollywood Reporter.
“Pasukan kami akan terus memantau keadaan terkini untuk mengambil tindakan yang pantas,” kata pihak Google Europe dalam satu kenyataan di Twitter.
Memetik laporan The Hollywood Reporter, tidak lama selepas pengumuman dibuat, saluran YouTube RT tidak boleh diakses di United Kingdom (UK).
Difahamkan, tindakan itu juga dilakukan berikutan ramai yang berpendapat bahawa RT dan Sputnik News telah menjadi ‘jurucakap’ kepada Presiden Rusia, Vladimir Putin dan Kremlin sejak konflik meletus minggu lalu.
Terdahulu, Kesatuan Eropah berkata bahawa ia telah menyekat saluran itu sebagai sebahagian daripada rancangan yang lebih luas untuk mengharamkan ‘mesin media Kremlin’ di benua itu.
Syarikat kabel gergasi Kanada pula mengeluarkan siaran berita RT daripada barisan rancangan TV mereka.
Sekatan ke atas Rusia dalam pelbagai sektor dilihat semakin meningkat ketika negara itu masih lagi menyerang Ukraine.
Semalam, Fédération Internationale de Football Association (FIFA) dan Union of European Football Associations (UEFA) dilaporkan telah melarang pasukan bola sepak Rusia menyertai Piala Dunia dan semua pertandingan Eropah.
Rusia sepatutnya dijadualkan menentang Poland dalam separuh akhri playoff kelayakan Piala Dunia pada 24 Mac dan mungkin akan menentang Sweeden atau Republik Czech pada 29 Mac.
Bagaimanapun, perlawanan tersebut berpotensi diboikot oleh tiga pihak lawannya itu.
Sumber: The Hollywood Reporter