Siakap Keli

(Video) Dahsyat, Rangkuman Video Banjir Kilat Di Sekitar Lembah Klang Dikongsi Netizen

Hujan lebat berpanjangan yang melanda ibu negara hari ini telah menyebabkan beberapa kawasan di Lembah Klang mengalami banjir kilat yang agak ‘parah’.

Ekoran banjir tersebut, antara kawasan utama seperti Masjid Jamek dilapor tenggelam, selain beberapa lagi kawasan lain seperti KLCC dan Jalan Kuchai Lama juga turut terjejas.

Selain itu, Tenaga Nasional Berhad (TNB) pula terpaksa menutup beberapa pencawang elektrik di sekitar Kuala Lumpur buat sementara waktu ekoran kejadian banjir tersebut.

Menerusi media sosial netizen Malaysia, ramai yang berkongsikan keadaan banjir di kawasan masing-masing melalui rakaman video.

Ikuti perkongsian video-video banjir kilat yang dikongsikan netizen pada hari ini.

Perkongsian dari Cikgu Ita melalui akaun Tiktoknya menunjukkan air yang sedang naik di atas jalan raya.

@cikgu_ita55

#banjirkilat #kualalumpur #7mac2022

♬ original sound – π“šπ“²π“ͺ𝓼𝔂π“ͺ𝓯𝓲𝓺π“ͺ – π“šπ“²π“ͺ𝓼𝔂π“ͺ𝓯𝓲𝓺π“ͺ

Berikut pula perkongsian dari Tiktok Fatihah Abdullah yang menunjukkan gambara dari atas situasi banjir di Kuala Lumpur.

@cikahrich

7 mac 2022..masih hujan lebat..#banjirkilat #mindef #kualalumpur ..sm2 kita doakan

♬ bunyi asal – Eniq Daniesh – Eniq Daniesh

Seterusnya, video yang dimuat naik oleh Intan Nur Hadania dengan jelas memperlihatkan aliran air yang deras ekoran banjir yang berlaku.

Kejadian banjir yang berlaku di Jalan Kuchai Lama, Kuala Lumpur dimuat naik oleh Hazam melalui akaun Tiktoknya.

@hazamr1

KL banjir kilat lagi 7 Mac 22 #KualaLumpur #BanjirKilat #Hujan #Banjir

♬ original sound – Hazamri – Hazamri

Rakaman air sungai yang mengalir deras di Kampung Kuala Perdik, Hulu Langat yang dikongsi oleh Rashidah Ahmad.

Rakaman kejadian banjir kilat di Kampung Melayu Seri Kundang, Rawang petang tadi yang dikongsi oleh Bomba Selangor menerusi Twitter Bernama.

Rakaman kejadian banjir mengalir deras dipercayai berhampiran dengan bangunan Selangor Mansion yang dimuat naik oleh Aida Ayub.

Suasana ‘sesak’ menyelubungi trafik di Lebuhraya KESAS petang tadi menerusi video yang dirakam pengguna Twitter bernama Musfrhn.

 

Sumber: Media Sosial Netizen

Faiz Mustafa

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.