Siakap Keli
Gambar hiasan via Xinhuanet

TERKINI: Awas, Hampir Seluruh Negara Bakal ‘Dibadai’ Hujan & Ribut Petir Malam Ini

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) setakat kemas kini jam 6:15 petang (13 Mac 2022) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat yang dijangka melanda beberapa negeri dan kawasan sehingga 9 malam ini.

Antara negeri dan kawasan yang dijangka terlibat adalah Perlis. Manakala di Kedah pula, di kawasan Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Kulim dan Bandar Baharu. Kawasan lain yang dijangka terlibat adalah di Pulau Pinang. Manakala di Perak, di kawasan Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Manjung, Kinta, Perak Tengah dan Kampar.

Beralih ke pantai Timur pula, bagi negeri Kelantan, kawasan dijangka dilanda hujan lebat adalah di Jeli, Tanah Merah dan Kuala Krai. Manakala di Terengganu di kawasan Besut. Bagi negeri Pahang pula, di kawasan Lipis, Raub, Temerloh dan Maran.

Kawasan lain yang dijangka terlibat adalah di Selangor, WP Kuala Lumpur dan WP Putrajaya. Bagi Negeri Sembilan, di kawasan Seremban, manakala di Johor pula, di kawasan Johor Bahru.

Beralih ke negeri Sarawak, di kawasan Sri Aman, Kapit (Song dan Belaga), Miri dan Limbang. Manakala bagi negeri Sabah pula, kawasan dijangka terlibat di Pedalaman (Sipitang, Tenom, Beaufort, Nabawan dan Keningau), Pantai Barat (Papar) dan Sandakan (Tongod).

Orang awam yang duduk berhampiran kawasan yang dijangka terlibat dinasihatkan untuk sentiasa berhati-hati ketika memandu dan elakkan keluar sekiranya tiada urusan penting bagi mengelakkan kejadian tidak diingini daripada berlaku.

Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia

Aireena Marizan