Siakap Keli
Gambar: Daily Mail

(Video) Cemas, Lelaki Diserang Ular Ketika Tengah Fokus buat Kerja

Seorang lelaki berdepan detik cemas apabila diserang seekor ular berbisa yang merayap betul-betul di bawah kerusinya.

Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan seorang lelaki yang sedang fokus bekerja di luar rumahnya sambil menikmati minuman, bertukar cemas selepas diserang seekor ular yang muncul dari kawasan berumput di belakangnya dan perlahan-lahan menghampiri kerusinya.

Ular itu dapat dilihat berhenti bergerak seketika di bawah kerusinya sebelum tiba-tiba cuba untuk menyerang kaki lelaki tersebut.

Akibat terkejut, lelaki itu cepat-cepat menarik kakinya ke atas dan menolak kerusinya ke belakang.

Ular itu kemudiannya terus menjauhkan diri sementara lelaki itu dilihat cuba bertenang.

Disiarkan di Reddit di bawah nama pengguna, Riawarra, lelaki itu mengesahkan bahawa dia duduk selama kira-kira 45 minit sebelum kehadiran ular itu mengejutkannya.

Ramai yang membuat spekulasi tentang spesiesnya dan percaya bahawa ianya adalah ular jenis red belly black.

Bagaimanapun, Riawarra mengesahkan ianya adalah ular harimau yang pernah bertemu dengannya sebelum ini di dalam rumahnya dua minggu lalu.

Hanya perkara biasa di Australia

Video yang diberi kapsyen ‘hanya hari biasa di Oz’ membuatkan pengguna reddit cepat mengulas mengenai reaksi ketakutannya.

“Sebagai rakyat Oz, saya menjangkakan bahawa lelaki itu akan mengambil ular itu dan membuangnya semula ke dalam semak. Berbisa atau tidak,” tulis seorang pengguna.

Salah satu ular paling berbisa

Ular harimau mempunyai statistik bilangan gigitan kedua tertinggi di Australia kerana ia mendiami kawasan di sepanjang pantai timur, termasuk beberapa kawasan metropolitan yang berpenduduk tinggi di Melbourne.

Ia juga merupakan salah satu ular yang paling berbisa di dunia dan telah menyebabkan 31 kematian yang direkodkan sejak 1893. Kes kematian paling terkini adalah pada tahun 2020, seorang lelaki berusia 78 tahun yang dipatuk lima kali di ladangnya di Tasmania.

Sumber: Daily Mail

Aireena Marizan