Siakap Keli
Gambar: Mirror

(Video) Tak Terima Kena Tutup, Peminat Tegar McDonald’s Rusia Gari Tangan Pada Pintu Restoran

Seorang peminat tegar hidangan McDonald’s Rusia nekad menggari tangannya sendiri di pintu sebuah restoran di Moscow dalam usaha untuk menghalangnya daripada ditutup.

Lelaki tersebut telah dirakamkan mengadakan protes terakhir hanya beberapa jam sebelum semua cawangan gergasi makanan segera itu ditutup di seluruh Rusia ekoran tindak balas serangan Rusia ke atas Ukraine.

Gergasi makanan segera itu dilaporkan menggaji kira-kira 62,000 orang di Rusia dan ia mengumumkan bahawa selepas pencerobohan negara itu ke atas Ukraine, ia akan menutup semua 850 cawangannya pada hari Isnin.

Perkara itu telah menyebabkan ramai penggemar makanan tersebut kecewa kerana tidak dapat lagi merasai menu restoran tersebut.

Dalam kesempitan itu, terdapat beberapa pelanggan yang dilaporkan mengambil kesempatan daripada situasi tersebut degan menjual makanan berkenaan secara atas talian dengan harga yang tinggi.

“Menutup restoran ini adalah satu tindakan untuk bermusuh dengan saya dan rakan-rakan,’’ kata lelaki tersebut.

Semasa lelaki itu melakukan bantahan, para pelanggan lain dilihat memanfaatkan hari terakhir mereka di McDonald’s Rusia dengan berjalan melepasinya dan masuk ke dalam restoran.

Dalam video itu, orang lain kedengaran ketawa melihat protes yang sia-sia sebelum pegawai polis mendekatinya.

Akhirnya, pihak polis berjaya mengheretnya dan menamatkan protes tersebut.

Terdahulu, beberapa syarikat rangkaian makanan yang terkenal di seluruh dunia telah mengambil keputusan untuk menghentikan operasi selepas dikecam dan diboikot oleh orang ramai kerana pencerobohan di Ukraine yang dicetuskan oleh Putin.

Ekoran daripada isu yang terjadi ini, banyak syarikat yang telah menghentikan operasi di negara Rusia sebagai protes terhadap pencerobohan itu.

Dua syarikat air gas terbesar di dunia, Coca-Cola dan Pepsi telah menyertai McDonald’s dan Starbucks dalam menghentikan jualan mereka di Russia ekoran isu yang berlaku baru-baru ini.

Sumber: Mirror

Aqmal Ezany

I write what is right