Siakap Keli
harga runcit minyak

TERKINI: Harga Minyak Terus Meningkat, RON97 Kini RM4 Seliter

Kementerian Kewangan Malaysia (MoF) hari ini telah mengemas kini harga runcit produk petroleum bagi tempoh 17 Mac 2022 hingga 23 Mac 2022.

Menerusi siaran media yang dikeluarkan, harga runcit petroleum bagi petrol RON97 naik sebanyak RM0.25 sen daripada RM3.75 kepada RM4.00 seliter.

Manakala, harga runcit petrol RON95 kekal pada paras RM2.05 seliter dan Diesel juga turut kekal pada paras RM2.15 seliter.

Kementerian Kewangan Malaysia memaklumkan bahawa kesan perubahan harga minyak mentah dunia ini akan terus dipantau serta akan bersedia untuk mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus dipelihara.

Terdahulu, harga runcit bagi RON97 telah dilaporkan naik sebanyak RM0.30 sen daripada RM3.45 kepada RM3.75 seliter pada minggu lepas.

Manakala, harga runcit petrol RON95 kekal pada paras RM2.05 seliter dan Diesel kekal pada paras RM2.15 seliter.

Kementerian Kewangan Malaysia memaklumkan bahawa pengekalan harga RON95 dan diesel adalah usaha kerajaan dalam melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global.

Sumber: MOF

Aireena Marizan