Siakap Keli
Gambar hiasan via HelloDoktor

8 Makanan Yang Orang Ingat Menggemukkan, Tapi Sesuai Untuk Diet

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Bila bercakap tentang diet, kebanyakan daripada kita mencuba pelbagai cara untuk dapatkan bentuk badan idaman kita sehingga kadangkala kita terpaksa menahan nafsu kita daripada makan makanan kegemaran kita.

Pun begitu, ada yang beranggapan bahawa sesetengah makanan boleh menggemukkan apatah lagi menambahkan berat badan kita. Namun, sebenarnya hidangan itulah yang sesuai untuk diamalkan semasa diet.

Menerusi perkongsian oleh HelloDoktor, berikut merupakan 8 makanan diet yang betul dan tidak menggemukkan. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang apakah makanan yang boleh diamalkan semasa diet, anda boleh baca artikel di bawah ini.

Semoga membantu!

8 makanan diet yang betul dan tidak menggemukkan!

Jika anda ingin lari daripada pelan makanan diet yang membosankan, anda boleh cuba salah satu daripada 8 makanan yang kami cadangkan ini.

Ia bukan sahaja mengandungi manfaat tersendiri terhadap kesihatan, pengambilannya juga tidak akan menyebabkan anda menjadi gemuk!

Antara makanan yang boleh diambil ketika berdiet ialah:

1. Bertih jagung sebagai snek

Gambar hiasan via HelloDoktor

Adakah popcorn atau bertih jagung sihat untuk dimakan? Jawapannya adalah ya! Bertih jagung boleh menjadi makanan diet yang betul jika diambil secara sederhana.

Walaupun ramai yang anggap bertih jagung sebagai makanan ringan, ia sebenarnya ialah sejenis bijirin penuh yang kaya dengan serat.

Malah, bertih jagung juga mengandungi vitamin B, mangan, magnesium, serta pelbagai antioksidan yang boleh melindungi kita daripada penyakit dan kerosakan sel.

Cara untuk memastikan popcorn kekal sihat adalah dengan mengurangkan garam, gula dan mentega. Kalau manis, tak jadi juga!

2. Madu – Antara contoh makanan diet yang betul

Madu merupakan sejenis pemanis yang dihasilkan oleh lebah menggunakan nektar dari tumbuhan berbunga.

Di dunia ini, terdapat lebih daripada 320 jenis madu yang berbeza dari segi warna, bau dan rasa.

Madu mengandungi gula, vitamin, mineral, zat besi, zink dan antioksidan.

Selain kegunaannya sebagai pemanis semula jadi, ia juga boleh digunakan sebagai agen antiradang dan antibakteria.

Malah, madu juga digunakan secara tradisional untuk merawat batuk dan menggalakkan penyembuhan luka.

3. Ambil mentega kacang

Tidak dinafikan, mentega kacang mengandungi sedikit lemak. Namun, kebanyakannya adalah daripada jenis lemak tidak tepu.

Kajian menunjukkan, individu yang makan mentega kacang dengan kerap mempunyai risiko yang lebih rendah untuk menghidap sakit jantung atau diabetes jenis 2 berbanding mereka yang jarang mengambilnya.

Malah, ia juga merupakan sumber potasium yang baik. Untuk mendapatkan kebaikan maksimum daripada mentega kacang, beli produk yang tidak mengandungi garam atau kurang garam.

4. Makan coklat gelap ketika berdiet

Gambar hiasan via HelloDoktor

Coklat, terutamanya coklat gelap, adalah amat baik untuk kesihatan badan. Sepotong coklat mengandungi banyak flavonoid yang dapat melindungi kita daripada kerosakan sel.

Pada masa yang sama, ia juga dapat merendahkan tekanan darah, memperbaiki pengaliran darah dan mengurangkan risiko sakit jantung.

Ada sebabnya mengapa coklat gelap adalah pilihan yang terbaik untuk mereka yang sedang diet. Coklat gelap mengandungi peratusan koko yang terbanyak dan gula yang paling sedikit.

Walau bagaimanapun, elakkan mengambil terlalu banyak coklat gelap. Cukuplah sepotong dua sebelum atau selepas makan. Barulah ia termasuk dalam kategori makanan diet yang betul!

5. Telur, sumber protein dan pelbagai vitamin

Walaupun telur mempunyai kolesterol yang tinggi, ia sebenarnya merupakan makanan yang sihat dan kaya dengan pelbagai jenis vitamin dan asid amino.

Malah, telur juga mengandungi vitamin D dan selenium, yang tidak terkandung di dalam makanan lain!

Malah, telur juga merupakan salah satu makanan diet yang betul. Di samping khasiatnya yang pelbagai, telur juga sedap dan amat mengenyangkan!

6. Kopi, makanan diet yang betul dan sihat!

Kopi pernah menjadi minuman yang tidak sihat suatu ketika dahulu. Malah, ia juga dikatakan dapat meningkatkan risiko serangan jantung atau strok.

Walau bagaimanapun, kajian terkini menunjukkan sebaliknya. Mereka mendapati, kajian sebelum ini adalah tidak benar sama sekali dengan syarat anda mengambil kurang daripada 5 cawan kopi setiap hari.

Selain itu, pastikan anda berpada-pada dalam pengambilan gula dan krim. Jangan ambil kopi terlalu banyak kerana ia boleh membuatkan anda jadi gementar dan anxiety!

7. Tambah lebih banyak kentang

Gambar hiasan via HelloDoktor

Sebenarnya, kentang merupakan makanan yang sihat dan sesuai untuk mereka yang sedang diet jika ia tidak digoreng atau diselaputi mayones. Kentang mempunyai kalori yang rendah dan kaya dengan kerbohidrat yang mampu membakar lemak.

Kajian menunjukkan, individu yang menggantikan 5% pengambilan karbohidrat dengan kentang dapat membakar 20 hingga 30% lebih banyak lemak selepas makan.

8. Minum segelas susu setiap hari

Siapa kata susu merupakan minuman yang tidak sihat? Segelas susu mengandungi banyak vitamin A dan D.

Malah, susu skim dan rendah lemak yang dijual di pasaran selalunya diperkaya dengan pelbagai vitamin yang bermanfaat untuk tubuh badan.

Lemak tambahan dalam susu juga mungkin dapat membantu anda menurunkan berat badan.

Sebuah kajian yang dijalankan di Sweden mendapati wanita yang minum segelas cawan susu sehari mengalami penurunan berat badan yang lebih banyak berbanding mereka yang tidak mengamalkannya.

BACA JUGA: Pernah Cecah Hampir 130kg, Wanita Kongsi Amal Diet Ni Hilang 63kg Dalam 21 Bulan, Kini Tampil Lebih Bergaya

Sumber: HelloDoktor

Aireena Marizan