Siakap Keli
pembayaran bkm
Gambar: Bernama

Pembayaran BKM Kepada 8.6 Juta Penerima Bermula 28 Mac Ini

Pembayaran Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) yang melibatkan kira-kira 8.6 juta orang penerima bakal diberikan secara berperingkat bagi fasa satu bermula 28 Mac ini.

Hal itu dimaklumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam satu kenyataan hari ini, memetik laporan Sinar Harian.

Ismail berkata, 4 juta isi rumah, 1.2 juta warga emas dan 3.4 juta individu bujang daripada keseluruhan penerima BKM bakal menerima bayaran antara RM100 hingga RM300 mengikut kelayakan.

Difahamkan, pembayarannya yang menelan kos sebanyak hampir RM2 bilion itu dilapor akan bermula secara berperingkat mulai 28 Mac ini.

“Pembayaran ini juga bagi meringankan beban kewangan rakyat terutamanya dalam menyambut bulan Ramadan.

“Bagi penerima kategori isi rumah, warga emas dan individu bujang, bayaran akan terus dikreditkan ke akuan bermula 28 Mac hingga 8 April 2022.

“Manakala bagi penerima yang tidak mempunyai akaun bank termasuk di Sabah Sarawak, tarikh pembayaran dibuat bermula 30 Mac 2022 melalui cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN). Pihak BSN akan mengeluarkan panduan SOP dari semasa ke semasa,” katanya kepada media, memetik laporan Sinar Harian.

Semakan status kelayakan dan kelulusan pembayaran BKM tersebut boleh dilakukan di pautan https://bkm.hasil.gov.my bermula 28 Mac ini.

Terdahulu, Kementerian Kewangan mengumumkan hampir-hampir 4.8 juta bujang bakal menerima BKM bernilai RM8.2 Bilion. Menerusi kenyataan itu, 4.8 juta penerima kategori bujang adalah di antara 9.6 juta penerima yang layak.

Menteri Kewangan terdahulu iaitu Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz menerusi pembentangan Bajet pada 29 Oktober tahun lalu, mengumumkan sejumlah RM 8.2 bilion diperuntukkan dalam Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) yang bakal memanfaatkan lebih 9.6 juta penerima.

Apa itu Pembayaran Bantuan Keluarga Malaysia BKM?

Untuk makluman anda, BKM merupakan bantuan tunai langsung yang menggantikan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR).

Pembaharuan yang diterapkan di dalam BKM telah mengambil kira cadangan yang diterima daripada orang ramai. Cadangan itu juga diambil melalui penerbitan Kertas Konsultasi Awam berhubung penambahbaikan bantuan rakyat.

BACA JUGA: “Tak Ada Ke Untuk Orang Bujang?” Tengku Zafrul Umum BKM RM350 Untuk Golongan Bujang

BACA JUGA: TERKINI BAJET 2022: Bantuan Keluarga Malaysia Bernilai RM 2,000 Diperkenal Tahun Depan

Sumber: Sinar Harian

Nadhirah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.