Siakap Keli
kod netflix
Gambar Hiasan via Google

227 Kod ‘Rahsia’ Netflix, Rugi Kalau Kau Tak tahu

Laman penstriman Netflix kini menjadi kegemaran ramai, ditambah pula dengan kepelbagaian kod kategori atau genre untuk ditonton.

Melalui medium tontonan berbayar ini, pengguna dapat menikmati ribuan kandungan seperti filem, drama, rancangan televisyen dan dokumentari.

Seperti yang kita tahu, kandungan-kandungan di Netflix dibahagikan mengikut pelbagai kategori seperti seram, fantasi, komedi, aksi dan macam-macam lagi.

Bagi pengguna Netflix, mungkin anda perasan bahagian ‘Kategori’ yang merupakan salah satu ciri yang terdapat di laman penstriman ini.

Melalui ciri ini, pengguna hanya perlu klik pada kategori pilihan masing-masing atau masukkan kod kategori. Tontonan yang termasuk dalam kategori berkenaan kemudiannya akan terpapar di layar skrin.

Namun tahukah anda, selain puluhan kategori yang dibahagikan, terdapat banyak lagi sub-kategori yang lebih spesifik tersedia untuk tontonan anda.

227 kod ‘rahsia’ sub-kategori Netflix

Setakat ini, Netflix menyediakan 227 sub-kategori untuk pelbagai genre tontonan. Tapi macam mana nak cari kandungan dalam pecahan sub-kategori sebanyak ini?

Nampak macam banyak tapi mudah sahaja untuk mencari tontonan pilihan di bawah sub-kategori ini. Sub-kategori berkenaan akan terpapar dengan memasukkan kod yang tepat di ruang carian.

Untuk senarai 227 kod bagi sub-kategori yang tersedia di Netflix, klik di pautan ini dan cari kategori utama pilihan anda. Semua sub-kategori yang tersedia di Netflix ada disenaraikan di bawah kategori utama.

Misalnya jika anda pilih kategori aksi dan pengembaraan, anda akan melihat sub-kategori berkaitan tetapi lebih spesifik seperti aksi sains fiksyen dan fantasi, aksi komedi, filem aksi dari Asia dan banyak lagi.

Apabila sudah memilih sub-kategori kegemaran anda, tulis semula kod sub-kategori di ruang carian pada aplikasi Netflix anda. Kandungan-kandungan yang berkaitan akan terpapar pada skrin dan anda boleh menonton seperti biasa.

Cara yang dikongsikan di atas hanya terpakai untuk tontonan Netflix di komputer persendirian (PC) dan komputer riba (laptop) sahaja.

Bagi yang menggunakan perkhidmatan Netflix di telefon pintar, caranya jauh lebih mudah. Buka apa-apa pelayar web (browser) yang tersedia di telefon pintar anda dan layari laman web yang sama seperti pautan di atas.

Klik mana-mana kod sub-kategori kegemaran anda dan pautan tersebut akan terus ‘membawa’ anda ke aplikasi Netflix, diikuti senarai kandungan yang berkaitan.

Ingin ketahui lebih lanjut tentang kod ‘rahsia’ Netflix ini, ikuti video penuh yang dikongsikan oleh Siakap Keli di bawah.

Sumber: YouTube Siakap Keli

Lagi gempak kalau tengok netflix pakai ni https://shp.ee/3j892qt 

Eyla Azri