Siakap Keli
abang lindung adik

Abang Lindung Adik Dari ‘Dipukul’ Buat Ramai Sebak

Sebuah video tular yang memaparkan aksi seorang kanak-kanak lelaki cuba melindungi adik perempuannya daripada ‘dipukul’ oleh penjaga mereka telah mencuri perhatian ramai.

Menerusi kenyataan dalam video tersebut, ternyata ianya hanyalah satu gurauan untuk menyakat kanak-kanak comel ini dan kejadian dipercayai berlaku di Rusia.

Menerusi video berkenaan, dua orang wanita memarahi kanak-kanak perempuan tersebut dan ‘mengacah’ seperti mahu memukulnya menggunakan selipar kearahnya. Si abang yang mempunyai sifat penyayang bertindak melindungi si adik dan seakan ‘memarahi’ dua wanita itu walaupun kelihatan dia sendiri juga takut dipukul.

abang lindung adik

Lelaki yang berkongsi rakaman video ini turut menulis di laman Facebooknya berkata “Terima kasih kepada John. Dia menyebelahi adiknya apabila dalam ketakutan.”

Aksi kasih sayang dua beradik ini cukup mencairkan hati warganet, lebih-lebih lagi apabila kanak-kanak ini bertindak memeluk antara satu sama lain sambil si abang cuba menenangkan adiknya yang sedang menangis.

abang lindung adik

Video yang memperoleh jumlah tontontan lebih 300 ribu itu turut mendapat komen yang positif tentang tindakan si abang itu.  Namun, ada yang tidak berpuas hati dengan tindakan yang dilakukan oleh kedua-dua wanita tersebut.

Rata-rata pengguna Facebook mendoakan agar hubungan mereka adik beradik terus kuat dan ada juga yang berkata tindakan si abang ini harus dijadikan contoh kepada orang ramai.

Tak kurang juga ada yang berkata sifat lelaki adalah melindungi wanita dan kanak-kanak ini sudah tunjukan pada semua.

Sumber: Facebook

Baca juga: “Best Ke Buat Grab?” Wanita Ini Kongsi Pengalaman Jadi ‘Rider’ Sebulan Boleh Dapat Lebih RM5,000, Siap Boleh ‘Cash Out’ Hari-hari Lagi

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang