Siakap Keli
nak buat apa dengan kwsp
Gambar via Bernama

Nak Buat Apa Dengan KWSP RM10K? Abang Ni Kongsi Pendapat

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Nak buat apa dengan wang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebanyak RM10,000 itu? Nak terus simpan? Atau guna? Atau dilabur untuk lebih untung?

Baru-baru ini, Perdana Menteri, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob telah mengumumkan mengenai pengeluaran khas Kumpulan Wang Simpanan Pekerja yang terakhir sebanyak RM10,000.

Menurut Ismail, permohonan pengeluaran khas itu akan mula dibuka bermula pada 1 April ini. Sudah tentulah detik-detik menanti 1 April sangat ditunggu-tunggu ramai, bukan?

Terdapat banyak pilihan untuk kita buat dengan wang sebanyak RM10,000 tersebut. Ada yang berkata, lebih baik kalau terus disimpan, malah ada yang mencadangkan untuk dibuat pelaburan.

Namun, ke manakah hala tuju wang simpanan yang dilaburkan tersebut? Adakah ia akan memberi manfaat untuk jangka panjang? Atau..mungkin sebaliknya?

Menerusi perkongsian daripada akaun Twitter milik Nor Azam Budin, beliau kongsikan pendapat dan tips penggunaan wang KWSP dengan lebih bijak dan akan memberi manfaat kelak.

Ikuti perkongsian beliau yang telah kami sertakan di bawah, semoga ia dapat membantu anda menguruskan wang tersebut dengan lebih bijak.

BACA JUGA: Guna Duit KWSP Sebagai Modal Perniagaan, Boleh Ke? Ini Penjelasan Penasihat Kewangan

NAK KELUAR KWSP Rm10,000? Dah fikir apa perlu buat dengan RM10,000 tu?

First letak disclaimer dulu.

Segala kandungan dalam thread ni hanyalah pendapat peribadi. Ini bukan nasihat kewangan, ini hanya perkongsian bermanfaat untuk semua yang bakal keluarkan KWSP.

Kos sara hidup pun meningkat, jadi dalam kes pengeluaran kwsp RM10,000 ni.

Aku bahagikan kepada dua kategori:

1) Golongan memerlukan

Kumpulan orang yang memang terkesan sama ada disebabkan banjir hari tu, hilang pekerjaan, gaji di potong atau disebabkan faktor-faktor lain.

2) Golongan tidak terjejas

Maksudnya, kumpulan orang yang masih berkemampuan. Gaji bulan tidak dipotong, masih mempunyai pendapatan lebih atau tiada masalah untuk menyelesaikan komitmen bulanan.

Ketika ini, alhamdulillah aku masih di kategori dua. Namun, kebanyakkan yang betul-betul nak keluarkan duit kwsp adalah dikalangan kategori satu.

Jadi untuk golongan ini, aku rasa tak perlu kita jadikan pengeluaran KWSP ni menjadi isu.

Kalau tengok ramai ‘pakar’ yang kata kita rompak masa depan dan sebagainya. Sedangkan mereka nak hidup ‘hari ini’ pun susah. Kenapa mereka perlu fikir masa hadapan?

Nak sediakan keperluan asas hari ini pun SUSAH, mustahil nak fikir 30 tahun punya KWSP compounding.

Jadi, biarlah mereka gunakan sebaiknya untuk mereka bertahan. RM10,000 tu jumlah yang sedikit. Kalau avg perbelanjaan orang berpendapatan sederhana pun sebulan sekitar RM3,000.

RM10,000 tu hanya utk tiga ke empat bulan je boleh tahan. Kita tak tahu how struggle they are.

Cuma aku nak berpesan kepada kategori dua ni, dah ada rakan-rakan nak beli Iphone, nak berbelanja sakan masa raya, macam-macam la yang kita dengar.

Duit yang dapat tu sebaiknya manfaatkan betul-betul. Tapi ini sekadar pesanan sahaja. (Duit kau, kau punya suka la nak buat apa kan). 

Cuma nak kongsi macam mana anda boleh manfaatkan duit KWSP tersebut.

1) Reserve Cash

Kalau anda jenis memang tidak mempunyai simpanan kecemasan langsung dalam jangka enam bulan. Ini peluang untuk anda keluarkan dan simpan dekat tempat yg selamat (tapi bukan bank yg selalu korang withdraw).

Tujuan dia sebab kita merasakan dalam tempoh enam bulan lagi, mungkin ekonomi kita tak berapa nak baik atau stabil. Seandainya ini berlaku, perlu ada backup cash untuk kita boleh buat sesuatu ketika waktu memerlukan.

2) Upgrade Skill

Masa ni la peluang untuk anda improve banyak benda dalam diri. Cari kemahiran fizikal yang boleh generate duit. Contoh kerja2 wiring, Communication skill etc.

Sebab skill ni akan bantu anda, if anything happen dekat pekerjaan di masa akan datang.

Sepupu aku kaki hiking, orang bayar dia untuk angkat barang dua hari dapat RM300. Member aku earn extra income dgn hanya mengajar mengaji dari rumah, faham tak?

Korang cari something yang boleh relate dengan kehidupan anda yang buat rasa selesa. Apa aku share tu sekadar contoh, jangan ikut bulat-bulat.

Jadi, benda-benda macam ni perlu keluarkan duit sikit, jadi gunakan sedikit jumlah dari pengeluaran tu untuk upgrade diri.

3) Certification

Selain tu, boleh juga cari kursus pensijilan yang ada untuk add value dalam academic atau pekerjaan. Contoh macam course harvard ni. 

https://pll.harvard.edu/catalog/free

Course ni dapat online certificate, yang penting percuma. Cari la apa yang sesuai dengan anda. Boleh juga letak dalam resume, baru boleh guna Harvard Business School. 

https://www.open.edu/openlearn/money-management/free-courses

Tambahan lagi untuk free course, rajin tak rajin saja nak buat. Yang minat nak belajar pasal perniagaan? Tak mampu nak bayar ilmu mahal?

https://www.insken.gov.my/pendaftaran/

Rajin mencari insyallah jumpa:-

Kita bukan tak pandai, malas mencari je. Sebab ramai tak share. Aku dulu banyak terlibat dengan usahawan. Aku tahu banyak gila kelas free dalam bidang ni. Tak perlu menari pun, terus belajar.

Kalau ada rakan2 yang tahu, boleh tambah nanti dekat komen di bawah.

Akhir sekali, duit KWSP tu memang anda punya. Ikut suka hati nak buat apa, tak ada siapa pun boleh halang kalau korang nak berbelanja. Tapi ada orang guna duit tu untuk membiakkan lagi atau tambah ilmu.

Tapi ada juga orang yang habiskan pergi bercuti.

RM10,000 tu bersamaan caruman KWSP anda untuk 2 tahun. Takkan nak habiskan dalam masa dua ke tiga hari saja.

Jadi gunakan sesuatu yang memberi manfaat. Kalau ikut kerajaan dia bagi untuk rancakkan ekonomi. Tapi kau tengok ekonomi kau sendiri cukuplah tak perlu fikir ekonomi negara.

Tak salah pun nak berbelanja, tapi kena cerdik sikit la. Anda mesti ingat dekat thread ni aku nak share salah satunya pasal pelaburan. So ni advise aku.

JANGAN GUNAKAN DUIT KWSP UNTUK PELABURAN SAHAM, FOREX, FCPO, CRYPTO DAN SEBAGAINYA.

Pelaburan ni memerlukan ilmu dan pengalaman. Tak salah kalau nak guna sikit untuk mendalami ilmu. Tapi kalau korang masih baru kebarangkalian nak hangus duit lebih tinggi dari generate duit.

As much as I want more people to involved in investment. Tapi untuk duit ni! JANGAN INVEST!

Kecuali anda memang dah pernah buat duit dengan pelaburan, konsisten. Tak ada masalah.

Sekali lagi, ini hanya sekadar pendapat peribadi. Kalau ada tersinggung dengan thread ni harap di maafkan. Mana yang baik boleh ambil, mana yang buruk boleh abaikan. Sekian. 

Sumber: Nor Azam Budin

Faiz Mustafa

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.