Siakap Keli
wanita trauma
Instagram: @memomedsos

Wanita Alami Trauma, Rumah Dipecah Masuk Tiga Lelaki Mabuk

Tular di laman TikTok, satu rakaman video yang memaparkan rumah seorang wanita dan ibunya dipecah masuk oleh tiga lelaki mabuk, lapor Suara Bogor.

Rakaman itu dimuat naik oleh akaun Instagram milik mangsa sendiri. Mangsa dan ibunya tinggal di Ciroyom, Kecamatan Samarang, Kabupaten Garut, Jawa Barat.

Mangsa berkongsi pengalaman ngeri bersama ibunya itu di laman Instagram. Menurut mangsa, ketika dia sedang tidur, dia telah terdengar tiga lelaki sedang memecah masuk ke dalam rumahnya.

“Rumah itu dipecah masuk oleh 3 lelaki pada pukul 1 tengah hari, yang berada di rumah hanyalah saya dan ibu, di bilik masing-masing”, tulis mangsa.

Mangsa diserang suspek

Menurut mangsa, salah seorang daripada suspek telah menyerangnya. Dia dicekik sehingga kepalanya terhantuk pada almari.

Bukan dia sahaja, ibu mangsa turut mengalami penderaan oleh suspek. Mangsa cedera parah dan mengalami luka di bahagian muka, manakala ibunya mempunyai lebam di seluruh badan.

Mangsa cuba melindungi ibunya

Menurut mangsa, dia cuba melindungi ibunya ketika suspek cuba memasuki bilik. Tindakannya itu telah menimbulkan kemarahan suspek sehingga dipukul berulang kali.

Tambahnya lagi, rumah mereka agak jauh dengan jiran lain menyebabkan kejadian tersebut tidak dapat didengari oleh orang sekeliling.

Salah seorang suspek adalah jururawat

Daripada hantaran mangsa, salah seorang daripada tiga suspek bekerja sebagai jururawat. Polis Samarang, Garut kini sedang mengenal pasti identiti pelaku.

Susulan daripada kejadian itu, mangsa dilaporkan mengalami kerugian kira-kira Rp 15 juta.

Dalam kes lain, sebuah video tular memaparkan aksi seorang kanak-kanak lelaki cuba melindungi adik perempuannya ‘dipukul’ oleh penjaga mereka curi perhatian ramai.

Menerusi video tersebut ternyata ianya hanyalah satu gurauan untuk menyakat kanak-kanak comel ini dipercayai berlaku di wilayah Rusia.

Menerusi video berkenaan, dua orang wanita memarahi kanak-kanak perempuan tersebut dan ‘acah’ seperti memukul menggunakan selipar kearahnya. Si abang yang sangat bersifat melindungi ini seakan ‘memarahi’ dua wanita itu walaupun dia sendiri takut dipukul tetapi tetap ingin pertahankan adik perempuannya itu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by memomedsos (@memomedsos)

BACA: Abang Lindung Adik Dari ‘Dipukul’ Buat Ramai Sebak

Sumber: Suara Bogor

Aireena Marizan