Siakap Keli
2000km bot

Dua Tahun Terpisah, Lelaki Nekad Kayuh Bot Getah 2000km Dari Thailand Ke India Untuk Jumpa Isteri

PHANGNA – Perasaan rindu yang mendalam seorang suami ke atas isterinya membuatkan seorang lelaki Vietnam nekad mendayung bot getah dari Phuket, Thailand ke India sejauh kira-kira 2000km (kilometer).

Bagaimanapun, usahanya tidak berhasil sebelum terpaksa diselamatkan daripada bot getah yang dinaikinya selepas mengharungi perjalanan hanya kira-kira 80 kilometer. Lelaki berusia 37 tahun itu dilapor ditemui oleh nelayan tempatan berhapiran Pulau Similan.

Kumpulan nelayan itu kemudian melaporkan insiden berkenaan kepada Tentera Laut Thailand. Pasukan penyelamat yang tiba berjaya menyelamatkan lelaki tersebut selepas 18 hari terumbang-ambing di lautan. Turut ditemukan bersamanya adalah bekas air yang hampir kosong, 10 bungkus mee segera dan beg pakaian.

Tiada peralatan navigasi seperti GPS ditemui di dalam bot getah tersebut.

Menurut lelaki Vietnam ini, dia nekad mendayung ke India untuk bertemu isterinya di Mumbai setelah terpisah sejak dua tahun lalu akibat wabak Covid-19.

Mengikut perancangan awal, lelaki ini sebenarnya mahu mahu ke India melalui jalan udara. Dia tiba di Lapangan terbang Suvarnabhumi, Bangkok dari Ho Chi Minh City pada 2 Mac lalu. Disana, dia merancang untuk mengambil penerbangan lain ke India, namun hajatnya terbantut selepas gagal mendapatkan visa.

Hal ini menyebabkan lelaki tersebut mengambil keputusan untuk membeli bot getah dan nekad meneruskan perjalanannya ke India melalui jalan laut yang jaraknya kira-kira 2000km dari Thailand.

Menurut pihak berkuasa, lelaki berkenaan akan dibawa ke Phuket untuk siasatan lanjut. Mereka juga sudah menghubungi kedutaan Vietnam dan India mengenai perkara itu namun belum menerima sebarang maklum balas.

BACA: Rumah Terbakar, Suami Pegang Isteri Luar Balkoni Elak Disambar Api, Akhirnya Diri Maut Akibat Melecur Teruk

Sumber: Bangkok Post, Mothership

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang