Siakap Keli
tambah data mysejahtera ios
Gambar via Twitter

Cara Tambah Data Vaksinasi MySejahtera Di Aplikasi ‘Health’ Bagi iPhone iOS 15.4

Kemaskini terbaru di telefon pintar iPhone, iaitu iOS 15.4 membawakan beberapa ciri baharu termasuk menambah data imunisasi sijil vaksinasi MySejahtera (MySJ).

Fungsi ini boleh dijadikan sebagai alternatif untuk pengguna iPhone versi iOS 15.4 bagi menunjukkan bukti vaksinasi selain menunjukkan paparan pada aplikasi MySejahtera.

Rekod vaksinasi ini boleh diakses oleh pengguna iPhone yang telah mengemaskini kepada versi iOS terbaru melalui aplikasi aplikasi Apple Health.

Untuk ketahui lebih lanjut cara-cara menambah data sijil vaksinasi dalam aplikasi Apple Health, ikuti perkongsian dari pengguna Twitter Xavier Naxa dan Zephyr di bawah ini.

Cara tambah data vaksinasi di aplikasi Apple Health

Menjawab pertanyaan rakan Twitter. iOS 15.4 membenarkan anda menambah data imunisasi iaitu sijil vaksin dalam MySejahtera.

Anda boleh tangkap skrin sijil MySejahtera, klik pada kod QR dan pindah ke aplikasi Kesihatan (Health). Namun sijil MySejahtera tidak menyokong simpanan di Apple Wallet.

Cara-caranya, buka aplikasi MySejahtera, pergi ke bahagian sijil vaksinasi dan tekan butang untuk lihat kod QR sijil vaksinasi anda.

tambah data mysejahtera ios

Tangkap layar QR kod sijil vaksinasi, buka galeri foto dan tekan live text.

“Live text” di aplikasi foto

Tekan setiap kod QR kemudian pilih “open in Health application“.

tambah data mysejahtera ios
Gambar via Twitter

Malaysia telah mencapai kadar 90 peratus lengkap vaksinasi pada bulan Oktober yang lalu dan kerajaan membenarkan orang awam untuk merentas negeri semula setelah sekian lama ditutup akibat lonjakan kes Covid-19.

Sumber: Twitter Xavier Naxa, Zephyr

Eyla Azri